Langkau ke kandungan utama

Entri 1 : Permulaan

Bunga putih berkilau-kilau disimbahi cahaya petang tatkala Nurindah memarkir keretanya di bahu jalan.Pohon yang tumbuh di tepi rumah jirannya berbunga lebat.Bunga tisu dipanggil orang.Mungkin sekarang musimnya untuk berbunga kerana kebanyakan bunga tisu pelbagai warna dapat dilihat merata-merata.Seperti melihat bunga sakura layaknya. Seorang budak lelaki cuba menerbangkan layang-layangnya di tengah jalan dalam kawasan perumahan itu.Layang-layang?Nurindah memerhati dengan lebih teliti, itu bukankah seperti kapal terbang kertas yang diikat dengan benang?Nurindah tersenyum sendiri, mengemaskan barang-barangnya sebelum keluar dari kereta. “Boleh terbang ke?” Dia menegur budak lelaki yang berbaju merah.Budak sekitar umur sepuluh atau sebelas tahun itu tersengih, dibetulkan kapal terbang kertasnya.Setelah berpuas hati , dia meminta adik perempuannya memegang sementara dia akan berlari untuk menerbangkan kapal terbang kertas tersebut. Nurindah menggeleng.Bagaimanalah kapal terbang h yang selalu dibaling begitu sahaja boleh terbang jika menggunakan kaedah seperti layang-layang.Tetapi kanak-kanak berdua itu bersungguh-sungguh mahu menerbangkannya seperti layang-layang. Biarlah.Biarlah mereka bermain.Mana tahu sebenarnya kapal terbang kertas itu mampu terbang lebih tinggi.Cuma kawasan perumahan yang agak terhad membuatkan ramai kanak-kanak bermain di tengah jalan.Membahayakan jika ada pemandu yang tidak berhati-hati. Nurindah mencampakkan begnya ke atas tilam.Bilik sempit berbentuk L direnung seimbas.Berselerak.Dia mengeluh, esok dia terpaksa berhempas pulas mengemasnya.Baju kotor memenuhi bakul.Kebelakangan ini dia agak sibuk.Kerja.Waktu tak ada kerja, dicari kerja.Dah dapat, penat pula. Teringat waktu mula-mula dia bekerja di sini. Di sini segalanya berjalan dengan lambat dan tenang, berbeza dengan kehidupannya yang dulu di kota. Di kota semuanya kelam kabut, tak kira siang atau malam. Berada di kampung dia berasa tenang, dapat menghirup oksigen tulen, segar dan nyaman.Namun lama kelamaan hidupnya makin bosan.Selain kerja tak tahu apa lagi perlu dibuat. Dia termenung, membuat kerja rumah ala kadar, menonton tv dan termenung lagi.Kadang-kadang menghantar adik sekolah dan menyelesaikan urusan-urusan rutin. Bosan. Sampai bila?Dia tertanya sendiri. Kawan?Berpindah ke tempat baru, mencari kawan baru adalah sukar. Kawan ramai, tapi yang manakah yang boleh dipercayai.Itu yang sulit, apatah lagi di kampung kebanyakan perempuan yang lewat dua puluhan sudah mempunyai anak. Di luar bandar, memang kebiasaan anak gadis berkahwin awal.Yang belum berkahwin akan menjadikan kahwin sebagai objektif utama.Perbualan seharian kebanyakan mengenai itu. Jarang yang berkisar tentang seminar, pendidikan , program komuniti yang kebanyakannya berlaku di bandar. Itu yang membuatkan Nurindah rasa terasing dan sunyi.Dia bosan menjadi pendengar pada topik-topik yang dia kurang arif.Bukan salah orang kampung dan bukan juga salahnya.Tiada siapa yang layak dipersalahkan.Akhirnya dia mengambil inisiatif mencari apa sahaja peluang untuk mengisi masa lapang.Sudahnya banyak benda yang dirancang, membuatkan dia tak lepas tangan.Padan muka dengan diri sendiri. Telefon bimbitnya berbunyi.Nama “Emak” terpapar di skrin. Dia menekan butang. “Assalamualaikum” “Waalaikumsalam.Anak mak sihat”? “Sihat.” Setiap kali telefon itulah soalan pertama emak, Nurindah sudah lali. “Along, balik tak?”Along adalah nama panggilannya di rumah. “Minggu depan Along balik.Minggu ni sibuk sikit.” Nurindah mengetap bibir, sebenarnya dia sendiri tak pasti sama ada minggu depan dia sibuk atau tidak. “Tak apalah.Mak saja nak bagitau yang barang nak buat rumah dah habis.Jadi mak guna duit mak empat ratus.” “Tak apalah, nanti Along masukkan duit.” “Eh, tak payah lah. Mak nak bagitau saja. Rumah tu kan rumah mak jugak.Along takyah la susah-susah.” “Tak apalah, nanti kalau ada duit Along masukkan.” Nurindah sendiri tak pasti mengapa bulan ni dia agak sengkek.Sepatutnya dia semakin kaya memandangkan taraf hidup lebih rendah berbanding di kotaraya. Setelah berbual ala kadar dengan emak, Nurindah mandi membersihkan diri. Rumah sewanya sunyi memandangkan rakan-rakan serumah keluar.Dia membuka buku, mengulang kaji sedikit.Besok dia ada kelas. Latihan untuk kanak-kanak perlu disediakan. Dia tak pernah bermimpi untuk mengajar.Walaupun mempunyai adik yang ramai tapi dia jarang mengajar. Dia cuma boleh menjawab apabila ada soalan, itupun jika dia tahu. Namun segalanya berubah apabila dia meminta kerja di Institusi Mawaddah, sebuah penempatan untuk anak-anak yatim dan miskin. “Saya tak kisah.Saya sanggup buat apa sahaja.” Katanya di depan Kak Yam, warden asrama. Kak Yam merenungnya dalam-dalam.Nurindah gugup. “Mencuci ke memasak ke?” Nurindah menambah. “Bolehkah awak memasak?” Kak Yam tersenyum.Wanita yang berbadan rendang itu menongkat dagu merenung Nurindah. “Umm...sikit-sikit.” Terajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Nurindah menelan air liur,terasa seperti disindir. “Kak Yam rasa Nurin ni boleh mengajar.” “Saya tak biasa mengajar.Sikit-sikit tu bolehlah.” Kali ini air liur yang ditelan terasa seperti batu. “Tak apalah. Nurin ajarlah budak-budak tu.” Sejak itu dia menjadi pengajar di situ.Kanak-kanak yang mengalami tekanan yang tinggi seperti kemiskinan dan kurang kasih sayang bukanlah semudah yang disangka.Hendak menyuruh mereka menyalin nota seperti menyuruh mereka berperang.Dia tak pasti samada dia patut berlembut atau berkasar. Nurindah takut sendiri.Bagaimana jika selepas pengajarannya kanak-kanak tersebut menjadi semakin teruk atau bodoh.Tuhan...betulkah pilihanku ini.Dia berdoa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...