Langkau ke kandungan utama

Entri 4: Seindah Mimpi

I want to be a police. I want to shoot crime.When I big I want to marry. I want to buy a big house.

Nurindah tersenyum.Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menulisnya.Sudah ada gadis idamankah dia?

“Betul tak cikgu?” Rizal bertanya, mukanya penuh pengharapan.

“Boleh diperbaiki lagi.” Nurindah mengangkat muka. Rizal tersenyum, gembira dengan komen Nurindah.

“Sini, cikgu nak tengok karangan Danish pula.”

Danish yang berjambul perang  menyerahkan bukunya.Matanya seperti keliru , namun Nurindah tahu Danish bukanlah seperti yang disangka. Dia seperti di dalam dunianya tersendiri, gemar menconteng buku, namun  dalam fikirannnya siapalah yang tahu.

“I want to be a pilot.” Nurindah membaca karangan Danish kuat-kuat.

I want to be a pilot because I want to fly. I want to go to other country.I want to eat many food.I want to help my mother.I want to help Palestine world.

Nurindah terlunga seketika.Sekilas dia memandang Danish, muka budak itu seperti biasa , keliru!

“You want to help Palestine?” Nurindah bertanya, takjub.Tidak terlintas bahawa kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu peka dengan dunia semasa.Selama ini dia menganggap kanak-kanak cuma tahu bermain sahaja dan makan sahaja.

Danish mengangguk dengan mata yang bercahaya.

“Bagus.Peperangan di mana-mana pun tidak memberi kebaikan.Cikgu harap kamu semua akan menjadi orang yang cintakan keamanan.” Nurindah memberi nasihat kepada tujuh orang pelajarnya.Tak ada bunyi kedengaran.Samada mereka mengendahkannya atau tidak, Nurindah tidak tahu.

“Cikgu , pembaca berita tu dalam English apa cikgu?” Maryam bertanya, bukunya masih lagi kosong.Dari tadi lagi Nurindah memerhatikan Maryam merenung siling. Masih tak tahu mahu menjadi apa agaknya.

“Kamu nak jadi pembaca berita?”

“Dia nak jadi pengacara Nona!” Rizal mengusik.

Nurindah cuma menggeleng apabila kelasnya pecah dengan hilai tawa kanak-kanak.

Indahnya menjadi kanak-kanak. Nurindah teringat di waktu kecil dia  sering  berangan  yang dia boleh menjadi apa sahaja.Kerjaya kegemarannya waktu itu  doktor, itupun selalu bertukar mengikut rancangan TV kegemarannya. Mungkin sebulan dua dia mahu menjadi doktor, mungkin juga wartawan,tentera dan apa sahaja yang difikirkan menarik.

Namun apabila meningkat dewasa, cita-citanya terpadam. Kerjaya yang dipilih kadang-kadang bukan kerana minat tapi kerana kehendak pasaran, keputusan akademik dan pelbagai lagi. Hanya mereka yang tabah sahaja akan berusaha melakukan apa yang diminati tetapi kebanyakan orang lebih mementingkan duit.Duit untuk menyara keluarga, duit  untuk membeli kehidupan walaupun bukan semuanya.

Pengetahuan kanak-kanak tentang risiko mungkin agak terhad, membolehkan mereka berfikir tanpa batasan.Alangkah bagusnya jika semua cita kanak-kanak dimakbulkan.Semua mahu jadi yang terbaik, alangkah indahnya dunia jika semuanya mahu dan berusaha untuk kebaikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...