Langkau ke kandungan utama

Entri 6 : Bukan milik kita

Sara, kawan lama Nurindah mengadu kepadanya.Hatinya sedih kerana suaminya turut dicintai wanita lain.

Nurindah termenung seketika selepas membaca emel dari Sara. Mereka pernah menjadi teman serumah sewaktu Nurindah bekerja di bandar.Sara seorang yang cantik, menarik perhatian ramai lelaki. Beberapa kali putus cinta sebelum bertemu dengan Putera Idamannya.

Jatuh cinta dengan seseorang yang bukan milik kita.Adakah itu salah? Nurindah terhenyak di kerusi. Mampukah kita menentukan dengan siapa kita suka dan dengan siapa kita benci?Fikiran Nurindah berpusing-pusing.

Jatuh cinta dengan orang yang salah.Rasanya semua orang pernah mengalaminya, termasuklah dia sendiri. Memuja orang lain diam-diam ,dan akhirnya kecewa. Seperti dunia menelannya bulat-bulat.Seperti hidupnya berakhir.Seperti dia yang paling malang di dunia.

Tetapi jika dia berjaya memiliki lelaki yang disukainya, adakah dia bahagia?Ya. Dan adakah lelaki itu bahagia? Dia tidak tahu. Dia bermimpi yang  lelaki itu  akan bahagia bersamanya tetapi itu hanyalah mimpi.

Lelaki itu cuma boleh ketawa bila bersama gadisnya yang dicintainya, dan itu bukan dia. Dan akhirnya dia sedar, yang paling dia mahu adalah melihat lelaki itu ketawa dan senyum.Bahagia biarpun bukan dengan dirinya.

Mungkin hampir seumur hidup dia menjeruk rasa tapi itu yang terbaik.Menyintai dan memiliki adalah dua benda yang seperti sama tapi berbeza.Jadi salahkah jika teman hidup turut dicintai oleh orang lain?Dan itu cuma perasaan bukan tindakan.

Perasaan tanpa tindakan adalah kosong.Tindakan yang membuatkan kita ke syurga atau ke neraka. Tindakan yang membuatkan orang yang kita cintai bahagia.

Hati, walaupun di dalam dada kita. Di dalam darah daging kita tapi masih lagi kita tak mampu mengawalnya.Seperti  makhluk liar yang kita bela, menyakiti kita walaupun ianya kepunyaan kita. Hanya usaha dan doa sahaja yang mungkin mampu merawat hati.

Manusia punya hati dan perasaan jadi kita bukanlah barang yang boleh direbut.

Nurindah mengeluh panjang.Dia membetulkan kedudukannya dan perlahan menaip,

Salam,

Buat Sara yang sentiasa diingati.Semoga Sara bersabar dengan apa yang berlaku.Bukan salah dia jatuh cinta dengan suami Sara, bukan salah suami Sara jika dia dicintai dan bukan juga salah Sara.

Nurin yakin yang dia sedang bergelut perasaan untuk melupakan cintanya.Doakan semoga dia tabah dan kuat menghadapi segalanya.Doakan semoga dia dikurniakan jodoh yang baik.

Semoga Sara sentiasa berusaha memelihara hubungan yang terjalin.Cuba sedaya upaya untuk setia dan berdoa.Jadilah isteri yang baik.Kerana setiap hubungan itu bukanlah mudah untuk disemai.Jika jodoh Sara bersamanya, dengan izin Tuhan, Sara akan tetap bersamanya.

Nurin mendoakan Sara sentiasa bahagia di samping orang  yang tersayang.Sentiasa kuat dan sabar.Semoga Tuhan merestui hidupmu.

Sahabatmu,

Nurindah.

Nurindah menarik nafas lega, perlahan dia menekan Send.

Dan kepada mereka yang patah hati.Semoga Tuhan membuka jalan dan membantumu sentiasa.Kadang-kadang kita fikir sesuatu itu baik buat kita namun Tuhan lebih tahu.

Seperti Nurindah mahu menulis untuk dirinya sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...