Langkau ke kandungan utama

Entri 15: Bukan kerja kita

Nurindah menebuk lubang botol plastik minyak masak yang sudah kosong dan dipotong muncungnya. Dia membuat beberapa lubang dengan dawai panas.Setelah itu dia menjinjing bekas tersebut ke belakang rumah. Tanah gambut di belakang rumahkelihatan hitam, lembut dan subur.
Dia mengorek tanah tersebut dengan penyodok dan memasukkannya ke dalam bekas yang dibuat dari botol minyak tadi. Beberapa ekor cacing tanah menggeliat saat Nurindah mengganggu kediaman mereka.Sesekali Nurindah berdecit kesakitan apabila jarinya terkapit di antara penyodok dan pemegang kayu. Kucing jantan yang bernama Adik sesekali mengerling ke arah Nurindah dari bawah pokok manggis, sambil memejam mata cuba untuk tidur.
Nurindah meratakan tanah di dalam bekas, kemudian menabur beberapa biji betik ke atasnya. Ini kali ketiga seumur hidup Nurindah menanam betik. Kali pertama pokok betik yang ditanam sewaktu dia di sekolah rendah.Pokok itu tumbuh subur, tinggi dan lebat bunganya tapi tak pernah berbuah.Kata ibu, itu pokok betik jantan.
Kali kedua, pokok betik yang ditanam tumbuh subur .Ianya masih lagi tinggi di paras pinggang saat Nurindah bangun pagi dan melihat pokok betiknya togel tanpa daun.Kata ibu lagi, mungkin kerjaan kera.
Dan kali ini saat Nurindah meratakan benih betik dalam bekas minyak, Nurindah berharap kali ini dia dapat merasa betik yang ditanam sendiri.
“Ibu...agaknya kali ini menjadi tak pokok betik ni?”
Sang ibu seakan mengeluh mendengar soalan sang anak. “Humm...itu mungkin bukan kerja kita lagi, nak.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...