Langkau ke kandungan utama

Entri 22 : Percaya

Percaya? Dia sudah penat untuk percaya.Dia tahu sepatutnya semakin matang, dia patut makin percaya tetapi lain jadinya. Kepercayaannya melupus seiring usia.

Dahulu di waktu kanak-kanak, dia percaya yang ayahnya akan membina sebuah rumah untuk mereka. Walaupun rumah yang kecil, dia tetap seronok. Dia mahu percaya. Dia percaya saat ayahnya mula membuat tapak. Dia percaya waktu remaja saat ayah meminjam sedikit biasiswa untuk membeli tanah buat timbunan.Dia percaya saat dia sudah bekerja mengirim wang sedikit-sedikit. Dia mahu percaya, tapi hanya percaya.Rumah kecil yang diharapkan tak pernah ada.
Maka dia berpura-pura untuk percaya.

Dia mahu percaya pada ibunya. Ibunya yang setiap kali lemah dan jatuh apabila sesuatu yang buruk menimpanya. Ibunya yang sentiasa risau dia kelaparan. Ibunya yang selalu menangis kerana bimbang. Dia mahu percaya tapi dia takut kepercayaannya akan memudaratkan ibunya yang selama ini bersusah payah. Dia takut untuk percaya kerana bimbang ibunya akan menderita.

Dia mahu percaya pada adik-adiknya namun dia sendiri menjadi sumber kepercayaan. Dia mahu percaya tetapi dia tidak boleh menunjukkan kelemahan kerana bimbang mereka hilang kepercayaan.Jadi dia berusaha berpura-pura kuat supaya mereka terus percaya.

Dia mahu percaya pada teman, tapi teman cuma apabila mereka kesusahan atau tiada tempat untuk berkongsi. Jika tidak ada apa-apa , tiada yang datang. Jadi bolehkah dia percaya ?

Dia mahu percaya pada Tuhan tapi dia sendiri takut. Di mata Tuhan dia sentiasa bersalah, jadi bolehkah dia percaya? Jika dia berdoa, dia perlu jadi baik baru doa dimakbulkan. Jadi dia sentiasa perlu meminta maaf kerana takut-takut ada dosa. Jadi dia sentiasa hidup dalam keadaan meminta ampun dan rasa bersalah.Bolehkan dia percaya?

Akhirnya dia cuma boleh percaya diri sendiri, itupun dia tidak pasti. Selepas mati ke mana dia?Dia hilang percaya , dan sudah berhenti untuk percaya dan kelihatannya dia telah hilang segala-galanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 177 : Daya tahan

Hei kamu, Ya, kamu sahabatku. Dengar aku bicara dengan kamu! Kamu yang selalu bersedih dan gelisah. Kamu yang selalu memikirkan dugaan hidup yang tidak jemu-jemu. Kamu yang merasakan diri kamu terkurung di dalam gua yang gelap. Ternanti-nanti bila ada cahaya. Kamu yang sudah penat meraba-raba di dalam gelap. Letih, haus dan lapar. Kamu yang memikirkan, "Sudah tidak ada jalan keluar, mungkin aku harus mati saja di sini." Ya, untuk kamu.  Kamu sebenarnya penat, berehatlah sebentar. Gua ini gelap jalannya kamu tidak nampak tetapi Dia tahu jelas. Walaupun gua ini gelap dan tidak selesa, paksakan dirimu untuk berehat. Bukankah Tuhanmu melenakan pemuda-pemuda kesayanganNya beratus-ratus tahun di dalam gua? Ada jalan keluar, cuma kamu perlukan rehat. Setelah fikiran kamu lapang, nanti mungkin kamu akan mendapat ilhamnya.  Tuhan tidak akan menciptakan kamu sia-sia. Kamu cuma diuji konflik yang sama seperti mereka yang beriman. Dia memilihmu untuk menerima konflik ini. Ucapkan Alhamdu...