Langkau ke kandungan utama

Entri 43 : Sampah

Pukul 8.25 pagi, hari kerja.Nurindah terburu-buru sambil tangannya menjijit bungkusan sampah.Sudah lambat ke pejabat, dia nyaris berlari ke tempat pembuangan sampah.

Seorang lelaki tua bertopi sedang membuka bungkusan plastik sampah saat Nurindah menjengul kepala.Nurindah memekup hidung , dengan hanya sebelah kaki memasuki ruang sampah, dia menghayun bungkusan sampah.Tepat jatuh ke dalam tong sampah.Yes!Nurindah tersenyum dan pakcik tua turut tersenyum.

Nurindah cepat-cepat berlalu, dan lelaki tua itu membelek bungkusan sampah yang dilempar Nurindah tadi.Mencari barang kitar semula agaknya.Berapalah harga sampah-sampah tersebut?Nurindah berfikir dalam hati.

Saat dia menunggu enjin keretanya panas, dia termenung.Teringatkan orang tua yang beberapa kali terserempak dengannya di tempat pembuangan sampah.Pemandangan orang mengumpul sampah-sampah, mencari nilai dari buangan orang sudah biasa di bandar-bandar.Sesuap nasi bukanlah semudah disangka.

Di kampung, pemandangan sebegini sangat jarang.Sebab banyak sampah yang dibakar, cuma kadang-kadang botol boleh ditukarkan dengan ais kerim, itupun zaman emak muda-muda dahulu.Tapi besi buruk laku di mana-mana pun.Sehinggakan pintu pagar, longkang semua dirembat.

Hidup makin menghimpit, rezeki dicari tak kira bagaimana pun.Mengutip sampah langsung tak hina, bahkan mulia.Halal , tidak menganiaya orang lain.Berapa ramai yang sanggup mengutip, mencari kebaikan dari timbunan sampah yang membusuk.Ramai yang lagi  suka berpeluk tubuh mengharap hujan emas dari langit.

Teringat satu kata-kata, jadilah seperti lebah sentiasa memandang kebaikan, janganlah seperti lalat sentiasa mencari keburukan.Biarpun sampah itu busuk, hanya mereka yang tabah dan cekal sahaja tahu mencari nilai di dalamnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...