Langkau ke kandungan utama

Entri 75 :Kebaikan rawak

Penunjuk aras petrol berkelip kelip dari semalam.Perlu isi minyak sebelum pulang ke kampung.Pagi pagi lagi Nurindah menuju ke Caltex berdekatan,duit di dalam dompetnya cuma tinggal kurang RM20,dia berdoa agar ada mesin ATM ada di Caltex tersebut. 

Maaf.Out of Service.

Terpampang kertas A4 di mesin ATM.Nurindah menggaru kepala,hendak tak hendak dia cuma boleh  isi petrol RM10 tetapi penunjuk aras petrol masih lagi berkelip.Humm...tak sempat sampai ke kampung ni.Jarak rumahnya lebih kurang 70 km.

Tak apalah, hari ni hari gaji.Terus dia memandu ke bank berdekatan. Saat dia memarkirkan keretanya,terlihat seorang anak muda sedang menyapu sampah.Pagi pagi lagi sudah bekerja.Apa kata selepas ambil duit nanti,dia belikan anak muda ini sarapan KFC.Wah...seronoknya buat amal di pagi hari.

Terus selamba Nurindah menekan nilai yang mahu dikeluarkan.

Maaf,baki anda tidak mencukupi.

Eh...hari ni kan hari gaji.Dia memeriksa baki,argh...dia cuma layak mengeluarkan RM20 tetapi mesin tersebut tidak ada not RM20.

Kecewa,dia melangkah ke bank berhampiran.Bank tersebut tidak ramai orang,minta mintalah mesin tersebut ada not RM20.

Syukur,apabila RM20 dapat dikeluarkan.Humm...dia mengambil kad ATM dari bank yang lain, rasanya hari tu ada RM19.Tak apalah periksa dua kali disebabkan gajinya belum masuk.Tiba tiba dia terasa miskin.Eh, RM119?

Sambil tertanya tanya bagaimana duitnya masih berbaki RM119,Nurindah terus mengeluarkan RM100.Alhamdulillah,syukur.

Sangat gembira,dia masuk memesan lima ketul burger KFC.Satu untuk adik yang sapu sampah di luar ,empat untuk familinya berkongsi di kampung.

Apabila dia keluar dari KFC,Nurindah terus menghulurkan burger kepada adik sapu sampah.Dengan riak muka yang gembira,adik tersebut menyambutnya.Rezeki kau dik hari ini.

Rasa seronok yang tidak terbayang apabila dapat memberi.Betullah kata orang tua,rezeki jangan ditolak.Dia terus memandu ke stesen minyak Shell.Kali ini bolehlah isi penuh.

Tiba di Shell,ketika dia berjalan ke kaunter untuk membayar,seorang pekerja Shell keluar dari pintu membuat isyarat tangan,"Tak apa,bayar dekat saya."

Oh,baguslah.Tak perlu dia pergi ke kaunter terutamanya apabila sedikit leceh jika mahu mengisi petrol penuh.

"Penuh." Nurindah memberitahu sambil menghulurkan RM50.Pekerja tersebut terus mengisi dan menunggu di pam.

Bagus betul,apa kata bagi seketul burger dekat pekerja ini.Mungkin dia belum bersarapan.Nurindah mengambil dan menyusun burger bersama paket sos.

Minyak penuh takat RM45.Pekerja tersebut memulang baki.

"Tunggu sekejap."Nurindah cepat cepat menghulurkan burger tersebut."Nah."

Pekerja tersebut terdiam.

Alamak.Bagaimana kalau dia tidak mahu?Mungkin dia vegetarian?Nurindah sedikit cemas,rupanya ini perasaan apabila pelawaan ditolak.Aku bukannya boleh terima penolakan. Malunya.

"Tak apa.I kasi my worker makan."Dia senyum sambil mengambil burger yang dihulurkan.

Deng.MALU.Cepat cepat Nurindah masuk ke dalam kereta,menghidupkan enjin.Aduh disangkanya pekerja,rupanya boss.

Tuk tuk.Cermin kereta diketuk.Pemuda tersebut mengisyaratkan ucapan terima kasih.Nurindah cuma mengangguk. Malunya Allah saja ya g tahu.

Tahu tak pemandangan yang cantik?Apabila memandu waktu pagi menggunakan lebuh raya BKE  dari Pulau Pinang. Di kiri kanan sawah padi dan di depan bukit bukit dan langit yang luas.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...