Adakah entri ini akan dimaki?Saya memikirkanya berulang kali.Saya ingin menulis di wall Facebook, tetapi ayatnya menjadi panjang dan tidak teratur.
Akhirnya saya memutuskan untuk menulis di sini dan jika ditakdirkan penulisan ini dimaki, saya berdoa supaya saya kuat.
Saya dilahirkan perempuan di dalam Islam.Ya, agama yang memberikan kebebasan , belas kasihan terhadap wanita.Anda boleh lihat betapa belas kasihannya agama ini dari segi hukum.Perempuan dilarang solat dan puasa ketika haid.
Mula mula ketika saya memberitahu kawan bukan Islam bahawa wanita tidak dibenarkan solat puasa, saya ditempelak,"Mana adil?Diskriminasi, kenapa perempuan haid dihalang solat dan puasa."
Maka saya memberitahu,itu adalah tanda kasih sayang.Wanita yang haid dalam keadaan lemah, emosi bercelaru maka disebabkan itu kami diberi kelonggaran--bukan kelonggaran tetapi dilarang sama sekali untuk berpuasa.Oh, betapa penyayangnya Islam.
Mari kita kecilkan skop tentang puasa.Kerana kita berada di bulan Ramadhan.Dahulu kecil kecil saya mula diajar berpuasa sejak lima tahun.Sampai lembik, bapa saya tidak membenarkan kami berbuka puasa bersama jika tidak puasa.Maka kami berpuasa kerana ingin menikmat saat berbuka puasa.Emak tak sampai hati tengok anak lembik, pernah memujuk kami makan tanpa pengetahuan bapa.Tetapi kebanyakan masa kami menolak.Maka waktu berbuka puasa , kami terpaksa dipapah terpaksa disuap kerana terlalu lembik.Oh, jangan lah tanya bila waktu saya diajar solat.Saya berjaya solat waktu sekolah menengah.Itupun disebabkan belajar di sekolah berasrama.
Setiap kali saya haid ketika bulan puasa, saya sangat menderita.Mujurlah saya tidak ada masalah senggugut ,jika tidak tak tahulah apa rasanya.Mujurlah jika saya berada di rumah saya dibenarkan makan.Saya sendiri tak ingat kelonggaran ini sejak bila.
Emak akan simpan lauk pauk.Kadang kadang saya tahan, kemudian tidak sengaja saya merungut penat.Emak menempelak,"Ada sebab Allah larang orang haid dari berpuasa.Yang kamu tahan tu kenapa?Lepas tu merungut pula."Mujur, paling seronok jika ketika haid ketika di rumah.Kita boleh rehat, di bulan puasa jika kami haid selalunya kami akan volunteer untuk buat kerja kerja yang agak mencabar.Contoh, keluar beli barang untuk persediaan berbuka atau raya, kerana pergi ke pasar berjalan membuatkan kita penat.Mujurlah kami tak boleh puasa, balik dari shopping terus boleh cari air.Jadi biarlah orang berpuasa buat kerja ringan.
Tetapi jika haid waktu bekerja alangkah siksanya.Tekak kering, perut memulas.Jika tak haid takda pula masalah begini.Kadang saya bertanya sendiri , kenapalah saya lemah bila haid...kenapa tekak kering?Jika saya tak haid saya boleh tahan makan minum, tetapi kenapa siksanya masa haid?"Ada juga terlintas dalam hati, kenapalah tidak adil.Kami dilarang berpuasa tetapi nak makan minum tak boleh.Mencari tempat tertutup di pejabat adalah tricky.
Kebanyakan wanita haid minum atau makan di surau, dulu saya juga.Selalu saya minum saja.Pernah sekali saya nampak wanita makan nasi berlauk kari dalam surau.Wow, bau semerbak.Tetapi dalam surau terdapat wanita berpuasa berehat dan membaca alQuran.Sejak insiden tersebut, saya segan nak makan atau minum di surau.Sebab?
Kita nak hormat orang berpuasa dan makan di tempat tertutup.Surau tertutup tetapi adakah kita dikira menghormati orang berpuasa?
Pilihan lain, tandas.Tandas?Minum air dalam tandas?Fikir fikirkan lah.
Dahulu rakan rakan saya banyak bukan Islam, jadi bila penat saya boleh minum.Itupun sorok sorok juga, tak adalah makan beria.Malulah sebab saya haid.Saya lega, tidak dehidrat.Jujurnya memang siksa tidak berpuasa di bulan puasa.Kadang kadang kawan saya dapat tahu, dia akan membelikan roti atau menawarkan biskut.Dia cakap,"Dah tak boleh puasa kenapa paksa?"Cair.
Tahun ini saya siksa, disebabkan saya bersebelahan dengan lelaki Muslim.Saya tahan...tahan.Kononnya saya fikir saya kuat.Sekali saya makin lemah dan akhirnya MC.Badan panas dan diserang selsema.Satu hari di rumah , asyik minum air sahaja.Saya tak lapar, tapi dahaga.
Pagi ini terdapat satu feed di Facebook mengenai wanita yang nak makan di restoran.Kebanyakan kita memaki hamunnya di ruangan komen.Saya pun nyaris nak berkomen.Kemudian saya terfikir, jika saya di tempatnya mencari makan di bulan Ramadhan adalah sesuatu yang memerlukan kekuatan.Saya tidak pernah jumpa wanita yang seronok jika datang haid di bulan puasa.Perlukah saya cari pil untuk tahan haid di bulan puasa?
Jika dia meminta makanan di restoran dikira tidak menghormati bulan Ramadhan...maka :
Allah saja tahu berapa banyak saya delete dan tulis.Ada yang saya tulis berperenggan kemudian delete.Menakutkan, takut untuk saya meluahkan pendapat.Bila difikirkan kebanyakan isu, masalah aurat, masalah tanggungjawab rumah tangga dan pelbagai masalah lagi berpunca dari masalah kecil kecil.Tahan, tahan, sampai bengkak kemudian menanah.Apabila menanah kita marahkan nanah tetapi kita lupa tengok puncanya dia mana?Jawapannya yang ada, terpampang di depan mata...cuma kita takut nak buka mata.

- Apakah hukum kita berkongsi gambar makanan di Facebook tak kira lah resepi, juadah sahur dan berbuka?Bukankah itu lagi terbuka?Oh, itu dikira share ilmu atau sharing is caring.Iya , objektifnya untuk berkongsi tetapi siapa audien kita?Boleh kita tapis, budak budak yang belajar puasa tak boleh tengok?Mereka yang tak mampu nak makan , atau nak buat resepi untuk tidak tengok?Audien tidak akan terliur dan menghabiskan masa di Facebook untuk lihat gambar makanan dari membaca quran?Mungkin selepas ini kita kongsi resepi tanpa gambar, boleh?
- Hukum perempuan menyusu,mengandung dan haid dibincangkan secara detail sejak dahulu lagi.Seiring dengan hukum untuk orang wajib puasa.Tindakan kita hanya untuk kewajiban berpuasa, untuk yang dilonggarkan apakah tindakan kita?Kita mengatakan dilonggarkan kerana Allah sangat pengasih, tetapi di manakah sikap pengasih kita.
- Makan di tempat tertutup?Definisi tempat tertutup?Surau?Tandas atau restoran.Pendapat peribadi restoran adalah tempat terbaik, kerana senang nak buat undang undang dan orang yang berpuasa tidak akan melepak di restauran.Restauran adalah tempat yang dijauhi orang yang berpuasa.Jadi, jika orang lelaki melepak kat restoran?Apakah definisi tempat tertutup, ada sesiapa bincangkan?
Saya cuma membayangkan suatu hari nanti restoran dibuka separuh, ditulis di pintu masuk :
"Kami menyediakan makanan untuk mereka yang mengandung, menyusukan anak dan haid juga golongan mereka yang tidak diwajibkan berpuasa.Kepada yang berpuasa anda dilarang masuk dan mohon bersabar."
Tidak perlu makanan yang fancy, malah tidak perlu sediakan makanan pun.Cuma tempat untuk mereka makan atau minum.Saya nampak kasih sayang dipraktiskan, dan apabila orang yang tidak tahu agama Islam bertanya, kita dengan mudah menjawab,"Ya, tempat ini kami sediakan untuk wanita kerana mereka menyusukan , anak, mengandung dan haid.Mereka tidak wajib puasa."Alangkah cantiknya jawapan tersebut.Dan bolehlah kita kaji sebab apa golongan golongan ini tidak diwajibkan puasa.
Allah saja tahu berapa banyak saya delete dan tulis.Ada yang saya tulis berperenggan kemudian delete.Menakutkan, takut untuk saya meluahkan pendapat.Bila difikirkan kebanyakan isu, masalah aurat, masalah tanggungjawab rumah tangga dan pelbagai masalah lagi berpunca dari masalah kecil kecil.Tahan, tahan, sampai bengkak kemudian menanah.Apabila menanah kita marahkan nanah tetapi kita lupa tengok puncanya dia mana?Jawapannya yang ada, terpampang di depan mata...cuma kita takut nak buka mata.
Ulasan
Catat Ulasan