Langkau ke kandungan utama

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air.

Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin? 

Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat.

Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar.

Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas.

Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah?

Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam.

"Jangan Pandan!"

ZzzZZZZZ

Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup.

Eh, warnanya berbelang kuning hitam. 

Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dari Tuhan untuk membuat madu disebut secara jelas di dalam Al Quran.

"Nah, sekarang kamu mahu jadi pembunuh hamba yang menjalankan perintah Tuhan ini?" tanya hati kecilnya.

Dia menuju ke balkoni, dibukanya bekas vakum. Diletakkan ke situ. "Nah, keluar. Di sana ada bukit." Dia memberitahu sang lebah seolah-olah ia faham. Pandan di balik pintu melihat dengan mata kecewa. 

ZZZzzzZZZZ

Lebah itu terbang semula ke dalam rumah.

Dia menarik nafas. Merenung siling lagi. Benarkah ini lebah? Benarlah, dia kenal tebuan, temingat, kelulut dan yang ini pasti lebah.

Dia menggaru kepala. Dia sudah mengantuk dan perlu tidur. Keesokan harinya dia harus bergegas keluar bekerja. Lebah ini akan ditinggal bersama Pandan? Oh sangat bahaya. Teringat dulu salah seekor kucingnya yang berwarna oren disengat serangga, muka bengkak berhari-hari. Memanglah comel tapi tak terbayang kalau muka Pandan menjadi bengkak. 

Tak apalah, besok sahaja kufikirkan. Dia masuk tidur.

Keesokan hari dia mendapati lebah itu keras di atas lantai. Dia merenung Pandan dengan syak wasangka.

Dikuisnya bangkai lebah untuk memastikan ia masih hidup atau mati. Benar, sudah tidak bergerak.



Dia terpempan seketika sedang Pandan berlari-lari menuju ke dapur sedia menunggu di tempat makannya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...