Langkau ke kandungan utama

Entri 91 : Laut



Kadang-kadang dia tidak mengerti.Dia mencari-cari hikmah?Mencari kenapa tetapi masih belum ditemui.
Tania ialah seorang guru yang ceria dan disukai anak-anak.Memang bakatnya mengajar , apa yang diajar mudah difahami anak-anak.
Itu adalah bakat dan cita-cita Tania sehingga dia menemui Eric,lelaki bermata biru yang gilakan lautan.
Tania sanggup meninggalkan kareernya.Terus menyukai lautan...bukan suka-suka tetapi gilakan lautan.Lelaki itu pakar selam samada menggunakan peralatan ataupun tanpa peralatan.
Tania juga ingin jadi seperti kekasihnya.Dia belajar menyelam malah menuruti ke mana sahaja kekasihnya pergi.
Lelaki itu seperti kompas menentukan arah hidupnya tanpa dia sedar.
Kegilaan itu membuatkan hati ibunya gundah.Bukan kerana anak gadisnya perempuan.Di bumi Australia ini sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja, hanya hati sahaja menjadi penghalang.
Hati keibuannya tertanya-tanya ,apa yang dicari di dalam lautan.Tidak cukupkah nikmat di daratan? Apalah yang dinikmati di dasar lautan apabila nafas terpaksa ditahan-tahan.
Cinta itu buta.Cinta itu buat seorang manusia itu hilang akal.
"Aku mahu melihat bangkai kapal di dasar laut.Petang ini kami akan menyelam bersama-sama beberapa penyelam yang lain.Nak ikut?"Eric bersuara saat dia dan Tania berdua berehat mengadap lautan luas.Dia tidak pernah jemu dengan lautan.Sekarang dia sudah ada Tania, hidupnya lengkap.Dia tidak mahu minta apa-apa lagi.
Dunianya sudah sempurna.
"Kita kan sudah menyelam pagi ini?"Tania sedikit mengeluh.Badannya sudah penat dan Eric mahu menyelam lagi.Tania mendengus walaupun jauh di sudut hati dia faham.Minat boleh mengatasi segala-galanya.Melihat bangkai kapal menjadi tukun tumpuan ikan-ikan memang sesuatu yang mengujakan.Tetapi hatinya ralat sedikit.Penat barang kali.
"Tak mahu.Aku mungkin cuma snorkel dekat dekat sini sahaja."
Eric kecewa sedikit, namun berharap kapal karam itu menjadi ubat kepada kekecewaannya.Tania betul, jika penat berehat.Itu asas hidup.
Hati keibuan Kristine berdetak.Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.Oh Tuhan.
Kelihatan susuk tubuh lemah terapung ke permukaan laut menggemparkan petang yang hening.
"Kenapa?"
Samada Tania, Kristine atau sesiapa tidak dapat memahami kenapa seorang pakar selam boleh mati di lautan sedangkan itu kepakarannya.Seorang doktor boleh mati kerana penyakit walaupun doktor itu sendiri pakar dalam pelbagai penyakit.
Tania hilang arah.Dia menjadi tidak terurus, seperti bumi tanpa matahari.
"Sekarang keadaannya semakin pulih.Untuk beberapa lama hidup kami tertekan.Aku sendiri masih dalam pemulihan."Kristine bercerita.
Nurindah mendengar, cerita itu penuh emosi. Kisah Kristine antara beribu-ribu kisah dari bandar pelabuhan ini, di mana kapal kapal besar berlabuh.Semuanya membawa seribu satu kisah.
"Dan yang membuatkan aku makin tak faham, Tania tidak serik menyelam.Sekarang dia mengajar menyelam pula.Aku tak faham, apalah yang dicari di dasar laut itu." Kristine tidak mengerti kenapa senang dia bercerita kisahnya kepada tetamu yang baru menetap di rumahnya.
"Aku juga suka menyelam."Muka Nurindah terus menjadi ceria."Tapi aku tak pandai menyelam.Berenang pun tak mahir."
"Oh,boleh beritahu aku.Apa yang kamu suka di dasar laut?"Mungkin jawapan tetamu kecil ini mengubah segala-galanya.
Susah untuk diungkap dengan kata-kata.
Apabila berada di dasar laut, ianya seperti di dunia lain.Apabila oksigen menjadi sesuatu yang amat penting.Penting.Sedangkan apabila di daratan kita selalu terlupa kepentingannya.
Di sana tenang.Di sana kita seperti makhluk asing.Semua masalah seperti hilang dihanyut air.
"Benarkah?"Pertama kali seperti Kristine menemui jawapannya.
"Ya."Jawab Nurindah bersungguh-sungguh.
"Emak aku tak setuju dengan minatku yang suka mengembara.Yalah, ibu mana yang tak risau apabila anaknya jauh dari mata."Nurindah mula bercerita."Tetapi lama kelamaan ibu akur.Mungkin kerana aku buktikan padanya yang aku akan menjaga diriku sedaya upaya."
Kristine tersenyum."Kamu tentu akan memastikan dirimu pulang dengan keadaan selamat kerana ibumu sudah mempercayaimu."
"Ya, kepercayaan itu yang membuatkan aku sentiasa rindu pada ibuku.Mungkin begitu juga hubunganmu dengan anakmu."
Jawapan itu jelas di depan mata.Dari dahulu lagi itulah jawapannya akan tetapi sebagai manusia dia degil.Percaya bahawa anaknya hanya akan selamat apabila berada di sisinya walhal hidup mati itu berlaku di mana sahaja.Kedegilan seorang ibu.
Kristine tersenyum, menggeleng kepala."Tania ada memberitahu padaku bahawa dia nekad untuk mengajar anak-anak tentang pentingnya keselamatan sewaktu menyelam."

Nurindah tersenyum, menghayati cerita seorang ibu yang bangga akan anaknya.
Nekad untuk mengajar mereka tentang betapa luasnya lautan, ianya sesuatu yang tidak boleh dipandang kecil.Sesuatu yang mulia kerana bukan mudah untuk seorang manusia mengubah mimpi ngeri menjadi tujuan hidup.
Lautan Hindi yang terbentang luas itu membawa angin menyamankan daratan Fremantle saat dua manusia kecil ini berkongsi cerita di bawah pohon lemon.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...