Langkau ke kandungan utama

Entri 118 : Gagal

2 Ogos 2019 (Jumaat)
Adik-adik kesayangan Along,
Along gagal lagi.
Mungkin susah untuk adik nak percaya yang Along selalu gagal.
Yang selalu adik nampak; Along yang selalu cakap pandai, yang selalu naik pentas ambil hadiah.
Yang adik tak nampak,
Along yang pernah kena jalan itik sebab gagal Matematik
Along yang asyik mengulang walaupun belajar siang malam
Along yang masih lagi dapat D walaupun mengulang
Along yang gagal berkali-berkali nyaris ditendang universiti
Along yang menangis tengah-tengah malam sebab penat
Dan Along gagal lagi.
Along sudah biasa hadap ayat-ayat , 'alaaa... belajar main-main la tu.'
Bisanya hanya Allah saja tahu bila Along tahu Along buat latihan tiap-tiap hari.
Memang Along bukan selalu rajin tapi Along bukan pemalas.
Along tebalkan muka kenal dengan orang bijak-bijak dari kelas lain semata-mata nak belajar.
Along hantar esei hampir hari-hari dekat Cikgu B.I walaupun tak ada kerja sekolah.
Along berkurung berhari-hari belajar.
Along gagal juga. A itu bagai satu keajaiban kalau Along dapat dik.
Dulu Along tak faham dik, apa yang Allah nak tunjukkan.
Along marah , kecewa tambah lagi bila Along kena kerja kuat berbanding orang lain.Orang yang belajar tak sepulun Along pun boleh dapat A. Pedih rasanya dik bila  terfikir otak Along ini mungkin tak berhubung macam orang lain.
Rupanya Allah nak Along belajar dalam-dalam. Allah nak Along jadi teliti. Allah nak Along jadi orang berilmu bukan sekadar dapat A.
Allah nak Along faham dan sedih bila gagal supaya Along faham orang lain bila mereka gagal.Along baru nampak hikmah kenapa Along gagal.Dan jika adik-adik terfikir bagaimana Along boleh jadi hebat walaupun sebenarnya tak.Mungkin sebab Along selalu gagal.
Percayalah mereka yang pernah sesat beberapa kali, lebih arif daripada mereka yang tak pernah sesat. Mereka yang pernah sesat banyak kali menemukan jalan pintas, perkara baru yang berguna bila mereka sampai ke destinasi.
Along akan belajar sampai mati tak kisahlah samada Along gagal atau lulus. Doakan supaya Allah beri kekuatan pada Along ya dik.

Salam Sayang,
Along

2 Ogos 2023 (Rabu)

Suraya membatukan diri di hadapan pensyarahnya. Bilik kecil ini tiba-tiba jadi sunyi sepi.Malu sebab kali ini kali kedua dia terkandas lagi dalam Matematik.

Pensyarahnya, Puan Nurindah kali ini tak cakap banyak, sibuk membelek fail."Kamu dah makan?"

Soalan basa basi.

Suraya menggeleng.

Puan Nurindah menarik laci, dikeluarkan roti. "Kamu makan ini dulu. Saya nak keluar sekejap dalam sepuluh minit.Tunggu sekejap ya."

Suraya mengambil roti dan mengunyah perlahan-perlahan.Yang dia tahu, Puan Nurindah pantang kalau orang kelaparan. Kalau sesi kuliah pagi-pagi dia akan membebel kalau ada pelajar yang tak sarapan. Kadang-kadang dia bawa coklat atau roti. Malah dia pernah kata,"Jika kamu tiba-tiba tak ada duit nak makan, datanglah jumpa saya."

Memikirkan dia sudah gagal subjek Matematik maka dia tak mahu mengecewakan Puan Nurindah dengan tidak memakan roti.

"Rasa okay sedikit?" Puan Nurindah menjengul, di tangannya terdapat dua cawan kopi yang berbau harum.

Suraya angguk.

"Alhamdulillah."

"Prof, saya minta maaf. Saya gagal lagi."

Nurindah tersenyum, dihulurkan cawan berisi kopi panas. Suraya meneguknya perlahan. Kasihan dia melihat gadis itu, mengingatkannya masa muda-muda dulu.Dia menghulurkan sehelai kertas.

Suraya mencapainya kehairanan. Transkrip apa ini.

"Transkrip saya. Nah cuba lihat subjek Matematik.Lihat betul-betul."

"Gagal tiga kali?"

"Ya, malah kali terakhir pun cuma lulus cukup makan sahaja."Puan Nurindah tersenyum.

"Tapi Prof mengajar subjek Matematik?"

"Ya, sebab saya pernah gagal Matematik maka saya layak mengajarnya."Nurindah senyum lagi."Jangan ditanya apa yang saya tempuh sehingga saya boleh mengajar ya."

"Prof tak marah ke saya gagal?"

"Tak. Saya cuma terkilan apabila dapat tahu awak merancang untuk berhenti belajar."

Suraya tunduk.

"Saya boleh memberi A tapi saya mempunyai penilaian saya sendiri sebelum memberi A. Jika pelajar itu tidak mendapat A, masih lagi penilaian saya tidak penting. Yang penting bagaimana anda sebagai pelajar menilai diri anda. Malah jika pelajar itu mendapat A sekalipun, saya tidak dapat menjamin bagaimana dia akan menggunakan ilmu yang dia dapat."

Diam.

"Saya gagalkan awak kerana saya mahu awak belajar lagi. Belajar lagi jangan putus asa. Supaya nilai awak jadi lebih tinggi dari sebelumnya."

"Universiti ini hanyalah dunia kecil Suraya. Dalam hidup ini banyak perkara yang di luar kawalan kita. Tugas awak belajar dan terus belajar. InshaaAllah akan lulus cuma mungkin bukan hari ini."

"Terima kasih prof." Mata Suraya basah.

"Ya, habiskan kopi tu dan teruskan belajar."





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...