Ianya berlaku selalu tidak setiap hari. Dalam bayangannya dia membenci ayah sendiri. Ayahnya yang pentingkan diri sendiri. Tidak mempedulikan anak-anak Baran. Bayangan air panas dan sambal belacan ke mukanya saat dia masih kecil dek kerana dia menyebal di meja makan. Ibu mengheretnya ke bilik air, mencuci dirinya. Bayangan dia dipukul dengan spring besi buaian sehingga terkencing singgah, tidak selalu. Tetapi kebelakangan ini makin kerap. Dia benci ayahnya. Tapi perasaan itu turun naik sebab orang kata Allah marah anak yang benci ibubapanya. Dia teringat-ingat ayah yang menyuruhnya membeli rokok. Dia pernah menipu dan membuang rokok itu, tetapi ayahnya marah kerana dia menipu. Jadi jika orang lain berkata, cinta pertama anak perempuan adalah bapa mereka, dia berdoa siang malam supaya dijauhkan dari lelaki seperti ayahnya. Ayah yang membuat ibu kerja macam nak mati. Ayah yang tidak ambil peduli sekolah atau yuran anak-anak. Jika ambil peduli pun disebabkan kepentingannya. Aya...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com