Langkau ke kandungan utama

Entri 166 : Pelan

 Petang Sabtu dia sudah siap membeli barang untuk dibawa pulang ke kampung. Banyak persediaan sudah dilakukan.

Seperti ;

☑Membeli barang-barang yang dipesan oleh ahli keluarganya
☑Sudah berbincang yang dia akan menjemput adik ipar dan anak menakannya supaya mereka boleh balik bercuti bersama-sama
☑Menghabis sayur-sayuran yang berdaun, menghabiskan stok makanan dalam peti sejuk supaya tidak terbazir semasa ketiadaannya
☑Membersihkan rumah apa yang patut
☑Menulis entri siap siap untuk Rabu minggu depan supaya entri auto publish semasa keberadaannya di kampung
-Meja dan kerusi yang ditempah akan sampai pagi 12 November selepas itu dia bertolak balik ke Kedah

Pagi Sabtu dia tidak membeli bunga seperti kebiasaan tetapi
dia membeli bunga petang Sabtu untuk dihadiahkan kepada doktor yang merawatnya.Segala-galanya on-place, Alhamdulillah sehingga malam itu dia mendapat panggilan dari emak.
"Along, mu nak balik macam mana? PKP ni."
"Huh, bukankah akan  tamat 9 November?"
"Mana ada, dah disambung. Mu tak tengok berita ka gena? Orang semua riuh, mu tak tengok Facebook ke?"

Okay, malangnya dia tidak ada Facebook app di dalam phonenya. Sudah terlampau banyak soc med dalam hidupnya...cukuplah sekali sekala dia login Facebook melalui laptop.

"Adik kamu yang di Alor Setar pun tak boleh balik, masakan kamu yang di KL." Emak membebel kemudian mengeluh.

"Aduhlaa, mak tak torah behawa dah ni teringat kat anak-anak." Kalau dia sendiri homesick nak balik kampung, emak apatah lagi rindunya pada anak-anak.

Pagi Ahad, dia pergi berjumpa doktor seperti biasa sambil membawa bunga Daisi. Pelannya bunga matahari tetapi bunga matahari tak ada, jadi dia memilih Daisi kuning. Sekurang-kurangnya kalau pun hatinya kurang ceria dek segala pelan tidak menjadi, dia dapat menghiburkan hati orang lain.

Saat dia menaip entri ini di sebuah restoran yang sudah menjadi kebiasaannya;

Seorang ayah bersama anak perempuannya juga sedang menanti pesanan makanan. Beberapa ekor patung dikeluarkan, anak-anak patung berambut mengerbang seperti singa tetapi berwarna warni. Ungu, oren dan biru.

"Hey, why are you wearing swimming suit?" kata si anak sambil memegang dua ekor patung di tangan kanan dan kirinya.

"Oh, because I am going to the pool..." Ayah mengecilkan suara, dia juga memegang seekor patung.

Mereka bermain dengan anak-anak patung kecil berkepala besar sementara menunggu Big Breakfast disediakan.

Dia teringat perbualannya dengan doktor sebentar tadi tentang perintah PKP sehingga Disember; kelihatannya seperti tahun depan baru dia boleh pulang.

"Kasian kamu sebab tak boleh travel dan berkurung di rumah. Nak balik kampung pun tak boleh." 

"Hummm..."

Sekarang sambil mendengar perbualan antara bapa dan anak yang bermain anak-anak patung, dia menukar beberapa pelannya

- Menulis entri lain untuk hari Rabu
- Membeli stok sayuran dan buahan-buahan
   
dan lain-lain...
Air Klorofil diminum selepas kopi kerana ianya dapat menghilangkan bau mulut


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...