Langkau ke kandungan utama

Entri 168 : Orang Gila

 Ianya berlaku selalu tidak setiap hari. Dalam bayangannya dia membenci ayah sendiri.

Ayahnya yang pentingkan diri sendiri. 

Tidak mempedulikan anak-anak

Baran. Bayangan air panas dan sambal belacan ke mukanya saat dia masih kecil dek kerana dia menyebal di meja makan. Ibu mengheretnya ke bilik air, mencuci dirinya.

Bayangan dia dipukul dengan spring besi buaian sehingga terkencing singgah, tidak selalu. Tetapi kebelakangan ini makin kerap.

Dia benci ayahnya. Tapi perasaan itu turun naik sebab orang kata Allah marah anak yang benci ibubapanya.

Dia teringat-ingat ayah yang menyuruhnya membeli rokok. Dia pernah menipu dan membuang rokok itu, tetapi ayahnya marah kerana dia menipu.

Jadi jika orang lain berkata, cinta pertama anak perempuan adalah bapa mereka, dia berdoa siang malam supaya dijauhkan dari lelaki seperti ayahnya.

Ayah yang membuat ibu kerja macam nak mati.

Ayah yang tidak ambil peduli sekolah atau yuran anak-anak. Jika ambil peduli pun disebabkan kepentingannya.

Ayah yang belikan ubat gigi untuk dirinya sahaja, anak-anak ubat gigi pun tak ada.

Ayah yang membuatkan anak mengeluarkan duit biasiswa semata-mata dia berangan-angan nak membeli tanah tambun.

Ayah yang memerah RM 500 setiap bulan untuk membuat rumah tapi yang ada hanya tiang. Ayah yang membuatkan anak terpaksa meminjam pinjaman peribadi untuk memperbaiki rumah sebab rumah memang usang.

Orang lain berhabis sebab anak-anak, dia pula terpaksa berhabis untuk ibu bapa dari kecil.

Pakar motivasi pernah sebut, 'Sebesar besar dosa ibu bapa kamu, mereka masih ibu bapa kamu, hormatilah mereka.'

Jadi dia keliru, habis kalau ada bapa yang pernah merogol anak kena dimaafkan jugalah ya kerana mereka ibu bapa. 

Dia bernasib baik kerana bapanya cuma panas baran dan tidak bertanggungjawab. Itulah yang dijaja-jaja kepadanya. Bersyukurlah dapat bapa macam tu, orang lain lagi teruk. Jadi dia diam tak boleh berkata apa-apa.

Semuanya berbekas di hati anak. Kalau boleh anak ini tidak mahu ingat tetapi ingatan itu datang menggebu-gebu.

Kasihan anak ini, dia tidak ada sesiapa. Ibu bapa ada tapi seperti tiada. Terpaksa mengadap ke sana sini merawat diri sendiri sebab ibu bapa tidak peduli.

Mereka peduli apa? Jika dia dulu pun bekerja setengah mati untuk keluarga. Jika mereka peduli, mungkin dari dulu mereka peduli.

Orang kata dia gila, dia dirasuk jin. Emak kata dia sakit. Lama-lama dia menjadi benci pada ibunya pula.

Kalaulah ibu meminta cerai tentu dia tidak perlu keliru menghadap sikap ayah yang jelek itu. Tetapi tidak, ibu cuma tahu merungut dan merungut.

Jadi semua punca ini kerana ibu, ibu tidak melindungi anaknya dari ayah yang tidak melindungi anaknya. Dia membesar dalam keluarga yang toksid. Mengumpat, tengking menengking.

Jadi dalam dunianya hanya ada lelaki yang kejam dan wanita yang bodoh. Dia tertanya sendiri bagaimana mahu dia keluar dari dunianya melihat orang yang baik-baik.

Kadang-kadang dia juga tertanya-tanya betulkah Tuhan ada?

Tapi dia keliru sebab bapanya juga orang yang tidak tinggal solat. Jadinya bapanya benar maka dia ini ahli nerakalah?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijad...