Langkau ke kandungan utama

Entri 174 : Ibu Betina

Kita sedia maklum dunia yang kecil ini masih lagi diselubungi misteri. Sebagai manusia yang mendiam di daratan yang semakin lama semakin tenggelam, masih banyak perkara yang di bumi ini masih jauh dari pengetahuan kita.

Hutan, pergunungan dan lautan ... sentiasa ada yang baru kita tahu dan pengetahuan itu tidak akan habis walaupun semua titisan di lautan dijadikan dakwat untuk kita mencatatnya. Kita manusia, tidak boleh menghabisi ilmu tentang seekor nyamuk pun untuk seumur hidup.

Sentiasa ada penemuan baru, sentiasa takkan habis. Kita mungkin tenggelam dahulu sebelum mendapatkan pengetahuannya.

Nun di sudut dunia, ada satu taman negara di Afrika di mana mendiamnya haiwan-haiwan yang bakal pupus Salah satunya ialah singa Afrika, dikatakan cuma tinggal 20,000 dan mungkin makin berkurang lagi. Haiwan yang semakin pupus tidak pernah bertambah, semakin pupus dan hilang dan muncul semula dalam  dongengan. 

Pemanasan global, kepupusan fauna dan flora, pelupusan plastik yang tidak pupus-pupus adalah isu yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mungkin kerana terlalu memikirkannya membuatkan kita kemurungan maka kita memilih untuk biarlah, tiada apa yang boleh kita buat lalu kita teruskan membeli barang-barang bukan sekadar keperluan tetapi untuk mendapatkan wow yang sementara dari orang lain.

Setelah wow itu hilang, kita berterusan membeli barang lain. Untuk menenangkan fikiran kita sedekah saja barang-barang yang kita pakai supaya kita tidak diselubungi rasa bersalah dan biarlah orang lain meneruskan pusingan tersebut. Pembelian sekarang semakin mudah dan global. Di hujung jari dari segenap hujung dunia ; apa sahaja! Mudah.

Tahukah kebanyakan singa adalah nokturnal? Saat mata kita buta dan deria kita mati  ada haiwan-haiwan yang siangnya adalah malam. Begitu juga bangsa jin  bangkit dan hidup di waktu malam.

Teknologi pencahayaan rendah dalam kamera penkaji berupaya merekodkan suasana waktu malam dalam keadaan berwarna. Maka pengkaji-pengkaji  ini sedaya upaya menggunakan masa dan teknologi yang terhad untuk mendapatkan pengetahuan sebelum tanah bumi tenggelam. 

Singa jantan dominan akan memulakan patrol mengelilingi kawasan jajahan berpuluh kilometer untuk memastikan keadaan selamat, tidak ada saingan. Agak malang bagi singa jantan itu, dia memikirkan yang keadaan selamat sedang dia sekarang berada di pusat pemulihan yang berusaha untuk melindungi mereka dari kepupusan. Jika dia tahu atau mungkin dia sudah tahu hummm...

Musuh nyata bukanlah singa jantan lain atau dubuk tetapi manusia. Ironinya manusia jugalah yang membina taman negara ini.  Mengelirukan bukan? Manusia ialah kaum yang suka memusnahkan dan juga suka memelihara. 

Maka tinggallah singa betina dengan tiga ekor anak kecil yang masih menyusu. Suka atau tidak ibu terpaksa memilih samada mati kelaparan atau keluar memburu. Maka dia memilih untuk keluar dan mengabaikan tiga ekor anak-anaknya. Maaf, ibu tidak ada pembantu untuk menjaga kamu. Jika ibu memilih untuk diam kamu bakal mati.Tidak ada GrabFood  di sini.  Maka tinggallah anak-anaknya yang masih belum kenal lawan atau kawan itu di waktu malam tanpa jagaan.

Selepas memburu, si ibu kembali dan mendapati dua ekor anaknya hilang. Maka singa betina itu meraung raung bersama anak yang lagi satu mencari anak-anak yang lain. Tidak semudah membuat laporan polis.

Empat hari empat malam ibu itu merayau tidak putus asa. Tenaga yang diperolehi dari daging buruannya makin hilang dan anak-anaknya sudah hilang. Mungkin saat dia berjumpa semula anak-anaknya susunya sudah kering?

Sehingga hari keempat dia menemui anak-anaknya di kelilingi dubuk. Dubuk-dubuk tersebut menunggu saat anak-anak singa lemah atau mati. Di suatu sudut kelihatan sekumpulan kerbau-kerbau yang ragamnya gagah dan bila-bila masa boleh merempuh dan mematahkkan tulang belulang anak-anak kecil itu.

Maka ibu itu mengambil jalan supaya dapat bersama anak-anaknya. Dan apabila sudah berkumpul, dia terpaksa meneruskan pusingan yang sama lagi. Meninggalkan anak-anaknya untuk keluar memburu sehingga mereka sedikit dewasa dan boleh belajar memburu bersamanya.

Kenyataan itu pahit kan, sesuatu yang perlu ditelan kerana itu takdir. Adakah singa itu merungut kepada Tuhan tentang nasibnya begitu? Kita ada pilihan, singa?

Langit Kuala Lumpur 31 Dis 2020

Nota : Inspirasi dari Earth at Night in Color


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula ...

Entri 41: Sesuci Maryam

Saya mendengar ceritanya tentang putus cinta.Saya juga mendengar keluhannya tentang kesunyian.Dan saya juga kekadang penat mendengar cerita kehilangan. Saya tidak tahu nak komen apa.Saya tak ada apa nak komen.Mungkin lebih baik saya menjadi pendengar. Kalau saya ingin katakan sesuatu, mungkin akan membuatkan rasa sakit hati.Kerana apa yang mereka mahu adalah insan yang sudi mendengar tentang keluh kesah.Jadi mengeluhlah seadanya, mengeluhlah seolah-olah kita ini paling malang.Paling diuji Tuhan. Kita lupa, bahawa Tuhan menguji kita kerana memangnya dunia ini tentang ujian, samada senang atau susah. Namun apabila mendengar keluh kesah orang, saya melihat diri saya sendiri.Dahulu saya akui, saya adalah orang yang berputus asa, cepat mengeluh, malah sekarang pun hidup saya masih kelam kabut.Tapi insyaAllah, saya cuba memperbaiki diri.Saya tahu ujian saya banyak, begitu juga orang lain.Bukankah hidup ini ujian? Saya diuji dengan bapa yang keras hati.Tidak perlu lah saya ceritakan p...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!