Langkau ke kandungan utama

Entri 231 : Inventing Anna vs Tinder Swindler

 Dalam masa dua hari saya melaburkan masa melihat siri Inventing Anna dan Tinder Swindler. 

Dua-dua cerita ini mengisahkan bagaimana scammer memancing mangsa mereka. Jika Tinder Swindler mengisahkan lelaki yang bernama Simon yang menipu wanita-wanita dengan menawarkan cinta dan persahabatan dan kemudian dia akan berpura-pura dalam bahaya, memerlukan duit. Inventing Anna pula mengisahkan gadis yang bernama Anna menyusun strategi memerangkap mereka yang berprofil tinggi untuk menjadi kaya.

Yang berbeza ialah dalam Simon memang objektifnya memerangkap seberapa ramai wanita yang mungkin untuk memenuhi hidup mewahnya. Apabila yakin mangsanya tersangkut, dia akan berpura-pura dalam bahaya sehingga tak dapat menggunakan kredit kad dan akan memula meminta tolong pada mangsanya.

Manakala Anna pula, ia berpura-pura kaya kerana ingin membina Anna Delvey Foundation, sebuah kelab berprestij dengan harapan jika ADF berjaya, dia tidak perlu berpura-pura lagi kerana dia sudah memiliki ADF. Anna tidak menjual cinta atau memujuk rayu, dia mahu networking dengan orang berprofil tinggi supaya mudah baginya mencapai cita-cita. Ini kerana Anna faham, kehidupan elit bukan bererti wang tetapi perspektif. Dalam siri ini,Anna jarang meminta tolong bayarkan secara jelas tetapi Anna akan memanipulasi ; contohnya berkeras supaya pelayan swap kreditnya berkali-kali atau memarahi pekerja sehingga orang sekelilingnya akan membayar untuknya. Juga kerana penampilannya sangat berkelas dan kerana dia bergaul dengan mereka yang berkelas tinggi maka mereka ini akan membayar bagi pihaknya. Senang cakap, orang kaya memang tak suka orang lain bayarkan tetapi mereka akan bayar untuk seseorang itu apabila berasa senang dengannya.

Perkara penting yang harus kita pelajari dari orang-orang sebegini adalah mereka sangat pakar dalam memberikan harapan. Senang cakap, apabila mereka tak boleh bayar hutang, mereka takkan kata mereka tak ada duit. Tetapi mereka akan cakap esok saya bayar. Atau dah bayar tetapi transfer mengambil masa atau ada masalah dengan bank. 

Senang cakap tak ada komitment. Tak perlu tunggu jadi scammer, orang-orang biasa pun banyak mengamalkan ini. Malah orang kaya-kaya , meniaga banyak menggunakan cara ini. Kenapa?

Cara ini dapat membeli masa supaya mereka mendapat peluang. Kalau mereka cakap terus tak ada, terus peluang terputus. Tapi mereka membeli-beli peluang. Mana tahu orang yang mereka kenal ni ada something yang lagi berharga yang mereka perlukan nanti.

Contoh paling mudah hutang. Orang normal apabila berjanji nak bayar sekian-sekian , mereka takkan bertangguh lama. Mereka ikut dateline, jika tersasar pun mereka bayar juga walaupun sedikit. Itulah orang biasa.

Tetapi mereka yang ala scammer ni selalunya hanya akan bagi dateline semasa nak buat pinjaman.

Contoh, teknik perniagaan yang saya tahu. Jika pelanggan bertanya tentang sesuatu barang, jangan cakap tak ada. Cakap saja dah habis. Tunggu stok. Supaya pelanggan tersebut tak lari dan tertunggu-tunggu. Mana tahu pelanggan ini jumpa barang lain di kedainya.

Jadi jika anda pelanggan, jika pekedai asyik kata stok habis, barang laku keras - cubalah cari di kedai lain. Jangan buang masa di satu kedai. Jangan terlampau berpegang kepada barang habis selagi isu itu bukan isu global. Mereka ada kepentingan maka jagalah kepentingan anda

Cuma antara saya rasa pahit bila memikirkan realiti kehidupan. Apabila kredit kad Nora disalahgunakan sebanyak RM400, 000 dengan mudahnya dia tak perlu bayar. Ini kerana dia mempunyai kabel di dalam Federal Credit.

Cuba bayangkan orang miskin terkena, mereka dilabelkan sebagai bodoh dan malas. Tetapi yang sebenarnya menjadi kaya bukan kerana kerja keras. Banyak saja orang miskin kerja keras. 

Jadi apabila orang kaya mengatakan mereka kerja keras, jangan terus hadap. Tentu sahaja mereka mahu orang bawahan mereka kerja keras. Mereka juga yang nanti kaya kan. No wonder Anna bertegas tak mahu bekerja dengan orang. Dia faham permainan tersebut.

Malangnya dia tersilap beberapa langkah, kalau semua langkahnya berjaya mesti dia sudah jadi kaya raya dan mampu membayar balik hutang-hutangnya. Kenapa saya yakin Anna sejenis yang akan bayar balik? Ada beberapa scene yang menunjukkan Anna memberi dan tentulah ianya bergantung kepada individu tersebut. Jika anda mempunyai kawan yang berwatak seperti Rachel mungkin? 

Agaknya kerana ini ramai yang nak jadi terkenal, influencer , celebriti. Masuk akal kerana tak payah bayar makan mahal-mahal sebab ditaja. Baju mahal-mahal ditaja. Kereta ditaja , nikah kahwin ditaja dan seumur hidup ditaja. Jika difikirkan kembali, betulkah mereka ini kaya atau sebenarnya mereka hanyalah orang yang kenal orang itu dari orang ini di sini dan di situ.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...

Entri 179 : Aku sebatang pensil ...

Aku sebatang pensil, berwarna biru. Di batang tubuhku terukir dengan tinta emas nama pelangganku, sebuah rangkaian hotel terkemuka di dunia. Aku tidak berapa pasti dari mana asal usulku. Cuma menurut cerita aku ini kacukan dari dua bangsa yang sangat berbeza. Samada ayahku berasal dari kayu kayan yang hidup berakar di bumi ataupun ibuku mungkin galian dari tanah. Plumbum barangkali. Aku masih ingat ketika aku diusung keluar dari kilang, bersama-sama dengan kawan-kawanku. Kami dibahagikan ke beberapa cawangan hotel di seluruh Malaysia. Setibanya kami di hotel, kami diletakkan di dalam bilik berasingan, di atas meja bersama buku nota kecil. Tetamu datang dan pergi. Kadang-kadang mereka menggunakan aku, mencatatkan nombor-nombor dan kemudian aku ditinggalkan di atas meja semula. Aku tidak ingat berapa lama aku terdampar di atas meja,  jika ada tamu yang cemerkap aku terpelanting di bawah meja. Juru kemas akan memeriksa keadaanku dan meletakkan aku semula di atas meja. Suatu hari ada ...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!