Langkau ke kandungan utama

Entri 159 : Attachment!

Beberapa tahun yang lalu.

Al-Quran tafsir yang berwarna merah hati itu sudah relai kulitnya. Saat dia merenung satu-satunya Al-Quran kegemarannya, dia merasakan berat untuk menggantikan dengan yang baru.

"Bertahanlah, mungkin suatu hari nanti kamu akan jadi hantaran untuk perkahwinanku."

Siapalah yang menjadikan al-Quran buruk ini sebagai hantaran? Seolah-olah al-Quran tersebut berbisik merendah diri. Selalunya orang akan membeli alQuran yang paling cantik sebagai hadiah. Sayu.

"Tapi kamu yang aku baca setiap hari, adalah sangat ralat jika tiba tiba digantikan dengan al-Quran baru yang belum pernah dibaca pada hari yang paling penting." Dia bernekad. Namun adakah al-Quran itu dapat bertahan saat dia sendiri pun tak tahu bila dia berkahwin??

Al-Quran yang hampir relai itu pernah dibawa sekali ke kelas mengaji.

"Puan, belum cukup muka surat lagi." Tegur ustaz apabila dia berhenti membaca saat habis muka surat. Bukan salah ustaz, bila mengaji mereka menggunakan mushaf yang standard jadi jumlah ayat satu muka surat tidak sama dengan jumlah ayat yang standard.

Akhirnya dia membawa tablet dan membuka applikasi al-Quran yang mempunyai mukasurat yang standard. Lagipun dia berasa kasihan dengan al-Quran merah hati yang makin merelai jika diusung ke ini.

Attachment!

Sesuatu yang membuatkan kita terikat dan susah nak move-on. Boleh jadi orang, haiwan, benda, rutin atau apa sahaja.

Al-Quran berkulit merah hati ini makin tenat. Setiap pagi apabila dia membaca, dia berkira-kira;

"Mampukah saya membaca al-Quran yang lain sebagai rutin setiap hari selain al-Quran yang ini?"

Dia pernah saja membaca al-Quran lain bila pulang ke rumah, tidak ada masalah pun.

Tetapi dia tertanya-tanya sendiri;

"Bagaimana nanti rasanya membaca alQuran yang lain selain dari al-Quran merah hati lusuh yang sudah ditatap bertahun-tahun?" 

Tentu terasa aneh seperti kehilangan suatu kebiasaan.

Mampukah al-Quran itu bertahan seumur hidupnya? Dia degil, masih belum bersedia untuk menukar yang baru.

Attachment!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...