Langkau ke kandungan utama

Entri 107 : Lapan

3 Ramadhan 1440 , hari ini hari ketiga Ramadhan dan hari pertama saya berpuasa.

Adik saya datang ke rumah bermalam, hari ini dia ada temuduga. Moga-moga dia dapat pengalaman baru dan gaji baru.

Saya tertidur lepas sahur, mungkin rutin saya terhenti sekejap apabila tiba-tiba adik datang menjenguk. Saya sakit perut, mungkin kerana makan pedas semalam. Pertama kali makan nasi ambeng, selalu nampak saja dijual tapi tak reti makan.Kali ini dapat belajar makan nasi ambeng.

Pagi-pagi bersiap cantik cantik tinggal nak buka pintu nak keluar, perut memulas. Akhirnya terus ke  tandas. Pakai baju cantik cantik dan semangat nak kerja alihnya ke klinik.

Klinik Aminah - ini kali ketiga saya ke klinik.Saya tak ingat bila kali terakhir saya ke klinik.Syukur sebab saya masih sihat.

Saya suka klinik ini kerana doktornya suka bercerita tentang kehidupan. Usia doktor mungkin sudah lebih 70 an, dilahirkan sebelum Malaysia merdeka. Mungkin itu membuatkan saya rasa nasihatnya boleh diterima dipakai.

Doktor memeriksa saya seperti biasa.

"Cirit birit tak apa, yang merisaukan dehydration." Katanya selepas memeriksa lidah saya. Lidah kering bermakna dehidrasi.

"Minum banyak air. Manusia boleh hidup dengan kurang makan tapi jangan kurang minum.Tapi kita terbalik, makan banyak minum pula kurang.Makan watermelon, coconut water. Itu ada air dan zat."

Ayat-ayat bebelan dari seorang doktor seperti biasa.

"Bila kurang minum cepat sakit dan cepat tua." Okay, tua adalah perkataan menakutkan.

"You still young, half of my age.So be happy no worries. Life is very simple but we always take it seriously."

Sambil menulis tarikh 08/05/2019 pada surat sakit, dia berhenti seketika.

"You see how long this eight going to last, now it's already 10.15 am.Where was seven?It's gone, while we worry about seven, eight going to be vanish soon. Pen biru diketuk perlahan pada tarikh yang ditulis.


Nowadays people don't eat, don't sleep. They just stare and then stress. And they have no idea why they stress." Dia geleng kepala.

"Life is very simple, you got food to eat, you got shelter... the REST IS DRAMA."

Saya gelak.

"True.People think about BMW, Mercedes ... all drama."

"Every morning, wake up and open your eyes, genggam tangan. See everything enough.You are alive and healthy so be grateful.Ucap syukur pada Tuhan"

Betul saya akui, malah tak terkejut pun jika punca masalah dunia sekarang adalah terlampau banyak komplen dan kurang bersyukur. Saya sendiri masih berlatih untuk bersyukur.

"When was the last time I see you?" Dia menyelak rekod pesakit saya.

"February!Now May already.You see when I saw you I have no problem but right after that I got a lot of problems. Within two months."

"What happened?"

Dia menunjukkan parut di betis dan menunjukkan jahitan di dadanya."By pass heart surgery."

"But now I able to talk to you it feels like magic.Everything can happen in a very short time."

Saat saya meninggalkan bilik rawatan dia berpesan berkali-kali.

"Be happy, problem surely will come but be happy!"



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijad...