Langkau ke kandungan utama

Entri 0 : Bermula dari satu huruf

Sedar tidak sedar sudah lebih dua ratus entri ditulis di sini. Lebih dua ratus kerana ada entri yang dilabelkan sebagai Entri 0.

Dia masih ingat saat pertama kali dia menulis di sini, ianya bukanlah platform pertama malah bukanlah blog yang pertama. Mungkin dia mencuba menulis lebih dari sepuluh platform seumur hidup. Dia cuba-cuba sahaja. Berapa banyak dia memaki diri sendiri kerana tidak tetap. Hangat-hangat tahi ayam.

Mungkin ketidaktetapan sebelum ini peluang untuk belajar. Bergerak walaupun tidak laju masih lagi bergerak. Berehat walaupun sekejap masih lagi dikira berehat. 

Sekarang mungkin sudah ada Facebook, Instagram dan entah apa lagi dunia baru ini akan tawarkan. Dia tidak menyesal memilih di sini. Di sini sunyi, mungkin kerana itu dia memilih untuk menetap di sini.

Dia boleh menulis semahunya tanpa ada bunyi-bunyi yang menyinggah. Mungkin ada orang suka atau tidak. Entah ada orang baca atau tidak. Dia tidak tahu. Jika ada Alhamdulillah, jika tidak pun Alhamdulillah.

Perkara yang pasti dia tahu ialah menulis membuatkan dia kembali waras. Sekarang dia ghairah berkarya melalui video, mengumpul kenangan-kenangan hidup dalam cerita pendek. Dia menikmati kerjanya sehingga berlarutan berhari-hari kerana kepuasannya. Suatu hari nanti mungkin dia betul-betul terbang.

Jika saudara pembaca; sedang membaca ini ketahuilah penulis sangat berterima kasih. Semoga entri-entri di sini memberi manfaat atau cukuplah sekadar menenangkan. Jika anda ingin lari dari huruf-huruf dan melihat bagaimana penulis berkarya dengan video mungkin boleh singgah ke Live With Nur Channel di YouTube. Penulis masih belajar menganyam cerita namun jujur penulis sangat menyukai prosesnya.

Melihat kehidupan sendiri dari jalur masa yang berbeza...ianya menenangkan.

Terima kasih.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...