Langkau ke kandungan utama

Entri 211 : Kenapa sesetengah orang memang tak boleh minta maaf?

Dalam kehidupan kita, kita pernah menghadapi dengan individu-individu yang tidak pernah meminta maaf. Malah dalam kehidupan kita sendiri, kita pernah mengalami saat-saat sukar untuk meminta maaf sedangkan kesalahan itu berpunca dari sikap kita. Malah kadang-kadang kita tidak sedar pun kita mengalami kesukaran meminta maaf.

Kenapa?

Adakah kita ini terlampau degil?

Selalunya apabila perkara ini terjadi ianya boleh jadi kerana kita tidak merasakan kepentingan terhadap individu atau perhubungan tersebut. Apabila kita merasakan mereka ini tidak penting maka secara tidak sedar kita tidak meminta maaf.

Atau boleh jadi kita merasakan permohonan maaf kita tidak bererti.  Mungkin jika kita berbuat salah pada seseorang yang membenci kita, jadi kita tidak merasakan perbuatan meminta maaf terhadap individu tersebut dek kerana menganggap individu tersebut memang membenci kita tak kira apa sekalipun.

Akan tetapi ada individu yang memang kita kenali tidak akan meminta maaf tak kisahlah apapun terjadi. Jangan haraplah mereka meminta maaf ataupun mengaku salah walaupun terang-terangan mereka salah. Pernah bukan dalam hidup kita melihat situasi-situasi seperti ini?

Apa yang menyebabkan mereka tidak dapat mengungkapkan maaf?

Bagi individu-individu yang mengalami kesukaran meminta maaf, mereka menganggap memohon maaf adalah ancaman emosi yang sangat memalukan. Mereka mempunyai harga diri (self-esteem) yang rendah dan emosi mereka sangat rapuh. Meminta maaf seolah-olah mendedahkan emosi mereka yang sedia rapuh, jadi di sinilah mereka merasakan wajib melindungi diri mereka. Maka tidak meminta maaf adalah salah satu cara mereka rasa paling sesuai untuk melindungi kelemahan emosi mereka.

Walaupun selalunya individu yang sebegini kelihatan kuat, kasar akan tetapi dari sudut emosi sebenarnya mereka sangat lemah. Mereka mengalami kesukaran untuk memaafkan diri mereka maka secara tidak sedar mereka juga menjadi sukar untuk meminta maaf.

Tahukah anda sebenarnya meminta maaf dan bertanggungjawab sebenarnya petanda seseorang itu mempunyai emosi yang kuat? Kerana tindakan meminta maaf memerlukan kekuatan emosi untuk menerima kenyataan dan menghadapi segala kemungkinan. Berada di dalam kedudukan bersalah adalah suatu pengalaman yang menyakitkan, maka untuk menghadapi kesakitan ini memerlukan kekuatan mental yang tinggi.

Jadi apa yang harus kita lakukan jika kita menghadapi individu yang seperti telur ini?

Dalam kebanyakan keadaan, orang yang tenang adalah orang yang menang. Jangan terperangkap dalam perdebatan yang tidak produktif. Apabila individu tersebut tidak lagi merasa terancam, mereka sendiri akan cuba memperbaiki hubungan. Itu pun jika itu yang mereka mahukan.

Jika individu tersebut bukanlah orang rapat dengan kita, maka elakkan hubungan yang kerap ataupun perbualan yang boleh menimbulkan perdebatan. 

Jika ditakdirkan mereka ini ahli keluarga atau rapat dengan kita, maka tukarlah perspektif. Terima hakikat mereka ini adalah orang kurang upaya dari segi emosi. Berhenti membuang masa berdebat. Cukuplah sekadar kita tahu kita betul dan tak perlu kita hendak menang dari segi perdebatan. Ianya akan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk sesuatu yang tidak produktif.

Paling penting, kita sendiri perlu muhasabah(analisis diri sendiri) kerana takut-takut kita ini yang lemah emosi. Yang penting kena fokus untuk memperbaiki diri supaya emosi kuat dan berani mengaku dan membetulkan kesalahan.

Semoga bermanfaat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...