Langkau ke kandungan utama

Entri 34: Sihir

Dia seorang pegawai tinggi. Dia bukan calang-calang orang.Dia dihormati di tempat kerjanya malahan di luar. Kerjanya tidak terbatas di dalam negara, malah dia luar.New Zealand, Amerika,London katakan sahaja kebanyakan sudah dikunjungi.

Dia mempunyai keluarga yang bahagia, anak-anaknya yang bijak, isteri yang cantik.Nyata dia sempurna.Namun panas tidak ke petang.

Dia berkenalan dengan seorang pemandu teksi. Ke mana sahaja dan bila sahaja ada urusan , pemandu teksi ini sentiasa untuk berkhidmat.Baik dan mesra , begitu tanggapannya terhadap pemandunya ini, yang selalu menjemput dan menghantarnya ke lapangan terbang.

Siapa tahu, pemandu teksi ada udang di sebalik batu.Hubungan yang akrab itu merupakan kesempatan.Pegawai yang bijak pandai ini disihirnya.Siapa tahu, sihir bukanlah perubahan yang boleh dikesan seperti letupan bom.Ianya seperti api di dalam sekam.

Perlahan-lahan si pegawai ini menjadi hambanya.Gaji ribuan ringgit diserah bulat-bulat padanya, malah kredit kad juga.Pemandu teksi ini berpindah masuk ke rumah pegawai ini bersama-sama keluarganya.


Keluarga pegawai ini berantakan malah dilayan seperti hamba di rumah sendiri. Rumah dinamakan di atas pemandu teksi tersebut.Malah harta pusakanya di kampung turut dijual dan hasilnya diberi kepada sang durjana ini.

Isteri diceraikan, tapi masih tinggal bersama. Seolah-olah satu keluarga pegawai ini dirasuk sesuatu.Patuh tanpa menggunakan akal yang panjang.Namakan sahaja KWSP, simpanan semuanya ditarah licin oleh sang setan bertopeng manusia.

Anak-anak tidak tentu persekolahan.Malah boleh dikatakan semua bekerja apa sahaja dan gaji mereka semuanya diberi kepada pemandu tadi.Sang pegawai sudah berhenti kerja, dengar cerita berniaga sayur.Bekerja untuk pemandu teksi yang dulu adalah pekerjanya.Bekerja tak kira masa sehingga orang lain merasa hairan ,di waktu raya dia masih bekerja.

Bapanya meninggal langsung tidak dilawat.Kerana tiada khabar berita, adik beradik mencarinya di bandar.Apabila sampai, pemandu teksi langsung tidak menjemput mereka, sehingga mereka terpaksa bermalam di masjid.Bekas isteri pegawai masih di situ padahal bukankah sudah bercerai.Rumah itu kelihatan meriah dengan keluarga pegawai dan 'tuan barunya'.

Adik beradiknya pulang dengan hampa.Mereka tahu sesuatu yang pelik sedang berlaku.Dan mereka puas berusaha dari tahun ke tahun sehingga sekarang mungkin sudah mencecah hampir sepuluh tahun.Namun apabila usaha mereka asyik gagal.Dan mungkin anda membaca ini sedang berkata, kenapa tak lapor polis sahaja? Percayalah situasi mereka bukan semudah itu.

Baru-baru ini, dikatakan sang isteri dan seorang anak terlepas lari balik ke kampung dalam keadaan yang menyedihkan.Tak ada duit, terpaksa berjalan ke puduraya. Untuk tambang bas , mereka terpaksa meminta belas kasihan.Bayangkan keadaan si ibu yang sudah tua balik dengan seluar pendek dan selipar.

Si ibu menceritakan keperitan mereka, namun belum sampai sehari mereka sampai, si pemandu dan suaminya datang memaksa mereka pulang.Keadaan menjadi pelik kerana si isteri berkeras untuk pulang walhal hanya dengan panggilan telefon. Berkeras sehingga membentak saudara mara di kampung.Pelik, bukankah dia dan anaknya melarikan diri dari kekejaman pemandu tersebut.

Si suami yang bertahun-tahun tidak pulang ke kampung, saat dia menjemput isteri dan anaknya balik sempat meminta ibunya memulangkan rantai yang dihadiahkannya untuk si ibu.Si ibu dengan deraian air mata menyerahkan semula rantai yang pernah dihadiahkannya. Sang anak pegawai melarikan diri berkeras tidak mahu pulang. Akhirnya si pegawai hanya berjaya membawa isterinya sahaja kepada bekas pemandu tersebut.


Sang anak masih di kampung, sedaya upaya dilindungi oleh saudara maranya.Dia bercerita bahawa ayahnya setiap hari diberi nasi sebungkus sehari, kemudian menjual sayur.Waktu malam jika ada maggi , bolehlah dia makan.Dan tempat tidurnya di stor. Bayangkan dari seorang pegawai yang bijak hidupnya menjadi begitu.Badannya dulu gempal sekarang sudah melidi.Dia diperlakukan seperti mesin.

Si pemandu ini masih mahukan anaknya.Mungkin ada sesuatu yang ditakuti berlaku, takut mungkin segala kejahatannya dibocorkan.Dia menyuruh si pegawai memaksanya pulang.Saudara mara cuba melindungi gadis yang ketakutan itu.Tapi sampai bila mereka bertahan.Pekerjaan mereka jadi tak menentu kerana masa digunakan untuk memastikan tiada siapa yang berani menculik si gadis.Mereka bertahan sekuatnya yang mungkin menanti usia si gadis cukup 18 tahun.

Si penjahat itu masih lagi datang dan si bapa gadis itu menengking mengatakan anaknya itu jahat, sudah jadi bekas orang.Itu yang membimbangkan saudara maranya.Bapanya beria untuk merampas gadis itu untuk apa?Malah perkataannya yang dilafazkan bukanlah seperti seorang bapa, silap haribulan anak gadis itu dilacurkan oleh pemandu teksi tersebut.Setakat ini,  anak ini sahaja yang mereka masih lagi dapat lindung.Anak-anak yang lain entah di mana.


Nenek cuma menggeleng.Apa lagi yang ada untuk keluarga pegawai itu? Harta bendanya sudah tiada, keturunannya ? Perkara ini bukan berlaku dalam tempoh setahun dua tetapi hampir sepuluh tahun.Dan kesudahannya masih tidak diketahui.

Bayangkan anak gadis itu,bayangkan ibu bapanya bukan lagi tempat untuk dia berlindung.Malah adik beradiknya yang lain masih belum diketahui nasib mereka.Dan bayangkan apa yang dilalui sebelum ini membuatkan dia trauma ? Bayangkan keluarganya diperhambakan oleh keluarga pemandu teksi ini, malah harta bendanya sudah tiada.Mungkin dia dan adik beradiknya pernah didera, dirogol malah dilacurkan.Itunya membuatkannya menangis ketakutan saat bapanya mahu mengambilnya.Diharapkan nasib mereka tidak begitu.

Mereka menjadi bodoh dan dungu.Cuma dia sahaja yang masih waras.Semoga Tuhan memelihara dan melindunginya.Semoga Tuhan membalas perbuatan manusia durjana yang lebih buruk perangainya dari binatang.Malah binatang juga tak layak bagi mereka.Mereka adalah setan yang bongkak yang berangan bahawa dunia ini hak mereka tanpa mereka sedar bahawa mereka akan mati dan dunia akan kiamat.

Dan semoga saudara mara ini diberi kekuatan untuk menghadapi kejahatan setan ini.Peliharalah mereka wahai Tuhan yang Maha Agung.Sesungguhnya setan itu musuh kami yang nyata.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijad...