“Hari ni ada budak baru cikgu!” Rizal memekik bagaikan Nurindah pekak. “Iya?” Nurindah tersenyum, mengerling ke arah seorang budak lelaki yang kelihatan tekun menulis sesuatu di atas buku.Nurindah tahu, budak itu sengaja menconteng buku untuk menghilangkan keresahannya. “Kamu.”Nurindah menegur. Budak yang berjambul perang dan bermata bulat itu mengangkat muka. “Bangun kenalkan diri.” “Rambut dia color , cikgu.” Pantas Wafi menyampuk.Kelas yang terdiri dari tujuh orang kanak-kanak gamat seketika. “Cikgu nama dia panjang cik-“ “Shhh...bagi peluang dia bercakap.” Nurindah memotong cakap Rizal. Rizal berusia sebelas tahun adalah di antara yang paling banyak bercakap itu terdiam. “Siapa nama kamu?”Nurindah berlembut. “Nama saya Muhd Danish Putera Hang Jebat bin Mustaqeem.”Budak itu bersuara tegas.Ada sedikit bangga pada ton suaranya. Nurindah terlopong.Betulkah apa yang didengar, Hang Jebat? “Ulang sekali lagi.” Pintanya bersungguh-sungguh. Kali ini budak itu kelihatan malu-...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com