Dia merayau mencari air.Sekarang musim kering, musim kekurangan air.Ramai orang yang menderita ketiadaan air.Bila kekurangan sumber, manusia hilang akal.Jarang ada kehidupan yang aman jika masing-masing berebut sumber yang sedikit. Air...sumber yang senang dibaziri waktu ianya mudah didapati.Merata-merata anda melihat orang membazir air.Sekarang siksanya tanpa air.Kita terlupa 70% dari manusia ialah air.Air untuk hidup. Lumrah, benda yang hilang akan mula dihargai. Dia berjalan sehingga ternampak seperti sungai kecil.Mungkin bukan sungai, cuma seperti aliran air yang kecil.Berdekatan aliran itu terdapat sebuah pondok kecil.Di sebelah pondok itu kelihatan seperti buluh atau paip air yang airnya sentiasa menitis.Basah. Seorang wanita muda berambut ikal ,putih melepak cuma berkemban dengan kain batik.Seperti orang zaman dahulu sahaja layaknya.Wanita itu tersenyum ramah melihatnya. Dia menghampiri wanita tersebut.Harapnya wanita itu dapat menolongnya mengenai masalah air. . . ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com