Langkau ke kandungan utama

Entri 68 : Ubuntu

Dia merayau mencari air.Sekarang musim kering, musim kekurangan air.Ramai orang yang menderita ketiadaan air.Bila kekurangan sumber, manusia hilang akal.Jarang ada kehidupan yang aman jika masing-masing berebut sumber yang sedikit.

Air...sumber yang senang dibaziri waktu ianya mudah didapati.Merata-merata anda melihat orang membazir air.Sekarang siksanya tanpa air.Kita terlupa 70% dari manusia ialah air.Air untuk hidup.

Lumrah, benda yang hilang akan mula dihargai.

Dia berjalan sehingga ternampak seperti sungai kecil.Mungkin bukan sungai, cuma seperti aliran air yang kecil.Berdekatan aliran itu terdapat sebuah pondok kecil.Di sebelah pondok itu kelihatan seperti buluh atau paip air yang airnya sentiasa menitis.Basah.

Seorang wanita muda berambut ikal ,putih melepak cuma berkemban dengan kain batik.Seperti orang zaman dahulu sahaja layaknya.Wanita itu tersenyum ramah melihatnya.

Dia menghampiri wanita tersebut.Harapnya wanita itu dapat menolongnya mengenai masalah air.
.
.
.
Dia tidak ingat apa yang berlaku.Dia dan wanita itu berbaring sambil melihat satu lukisan.Wanita itu memegang sebuah lukisan pensil.Lukisan sebuah kapal.

"Ini menggunakan teknologi Ubuntu tahu."katanya sambil menunjukkan bahagian kapal.

"Kamu tahu apa lagi yang menggunakan teknologi Ubuntu?"

Dia terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi menggerakkannya untuk  bersahur.Pukul lima pagi dan dia bermimpi pelik.Dia jarang bermimpi.

Dalam hati, adakah baru-baru ini dia melawat Melaka maka dia bermimpi wanita yang berpakaian seperti orang-orang dahulukala?Tetapi bercakap tentang teknologi Ubuntu pula.Adakah kerana dia seorang jurutera perisian, maka mimpinya berkaitan teknologi?

Dia pernah dengar tentang Ubuntu, suatu sistem operasi komputer.Tetapi dia sendiri tidak pernah menggunakannya.Selama ini dia cuma menggunakan Windows.

Pagi-pagi dia menaip di Google. 'Ubuntu'

Seperti yang dijangka, ianya adalah sistem operasi komputer.Tetapi ada lagi makna yang langsung tak dijangka olehnya.

'kemanusiaan untuk semua'

Dia menekan tetikus lagi.

Salah satu pepatah negara kami ialah Ubuntu - intisari kewujudan manusia. Ubuntu khususnya bercakap tentang hakikat bahawa seseorang tidak boleh wujud sebagai manusia sendirian. Ubuntu bercakap tentang kehubungan sesama kita. Anda tidak boleh menjadi manusia bersendirian, maka dengan adanya sifat Ubuntu ini, anda dihormati kerana berbudi baik. Kita terlalu sering melihat diri kita sebagai individu yang berasingan dari satu sama lain, padahal kita sebenarnya saling berhubungan dan tindakan anda mempengaruhi seluruh dunia. Apabila berbuat baik, baktinya melimpah ke seluruh manusia.-Archbishop Desmond Tutu

Nampaknya bukan sekadar mimpi.Mungkin pesanan secara tak langsung.Astaghfirullah al Azim.

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ubuntu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ubuntu_(falsafah)

Nota:Inspirasi dari mimpi penulis pada 4 Jun 2014 bersamaan 5 Shaaban 1435






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...