"Anehnya, kamu seorang pengembala kambing.Bagaimana kamu tahu membaca?" Suara kecil gadis itu terngiang ngiang ditelinganya.Sambil memejam mata dia terbayang mata besar anak gadis yang kurang lebih sebayanya apabila dia bercerita tentang Pergunungan Fagaras. Tujuan hidupnya adalah mengembara.Tetapi itu bukan tujuan ibu bapanya yang bertani.Mereka bekerja keras semata-mata hidup cukup untuk makan dan minum ,tidak lebih dari itu.Mereka mahu anak lelaki mereka menjadi berguna dan dihormati.Mereka menyekolahkannya dengan harapan dia akan menjadi pendeta yang disegani. "Aku cuma mahu mengembara ayah, aku mahu melihat dunia luar." Ayah menghela nafas, matanya merenung bukit bukit menghijau.Pergunungan Fagaras kelihatan sayup dan misteri."Ramai orang luar datang melalui kampung ini.Tujuan mereka sama,mencari sesuatu yang baru.Tetapi apabila mereka pergi, mereka masih lagi orang yang sama." "Mereka mendaki gunung,merentas tasik,mencari istana dan be...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com