Dia batuk. "Maaf cikgu, saya batuk tak dapat hadir ke kelas." "Dah berapa lama batuk tu?" "Dekat seminggu juga." "Cuba check takut takut terkena sihir." Yang berkata itu mahir tentang perkara-perkara sihir, ilmu ghaib dan sewaktu dengannya.Tentulah itu yang difikirkan dahulu. Senyum.Sedikit orang itu tahu bahawa dia batuk seminggu tanpa mengambil sebarang ubatan. Dek takut makan ubat, maka dia tunggu dulu dengan minum air limau panas, ambil supplement . Sekarang pula musim jerebu. Mungkin dia terkena sihir atau mungkin dia sakit disebabkan jerebu. Sangat berbeza tu! Dari kaca mata pengamal perubatan roh , kemungkinan disihir, diganggu jin atau dicintai jin. Pergilah klinik mana pun, buatlah pembedahan banyak mana pun jika tidak dibuang boleh bawa mudarat! Dari kaca mata doktor, kebanyakan yang sakit kerana jerebu, minum air tak cukup dan makan tak jaga.Doktor membebel, makan suka hati malas senaman kemudian salahkan jin pula! ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com