Langkau ke kandungan utama

Entri 7: Cinta tak kenal usia

“Cikgu kelas ada tak?”Danish berlari mendapatkan Nurindah.

“Ada.”Sahut Nurindah, membetulkan beg biru yang berisi buku-buku.

“Anak-anak sekolah rendah, masuk perpustakaan. Cikgu dah datang.”Pakcik, salah seorang warden asrama menyuruh mereka.

“Mana Baiti?” Pakcik bertanya apabila  kelibat Baiti tidak kelihatan dalam kumpulan kanak-kanak tersebut.”Isk...isk Baiti ni selalu buat hal.”Pakcik separuh merungut  sebelum keluar  dari perpustakaan.

“Okay, hari ni cikgu nak buat latihan sikit.”Nurindah mengeluarkan kertas latihan

“Perhatian kepada Nur Baiti Abdullah, sila pergi ke perpustakaan kerana kelas sudah bermula.”

Nurindah sedikit terkejut mendengar suara Pakcik dari pembesar suara.Nampaknya Baiti akan popular satu asrama.Namun Nurindah akui Baiti agak culas sedikit, langsung tidak mempedulikan kerja sekolah tetapi dia seorang yang ramah.

Perlahan pintu perpustakaan buka, Baiti melangkah longlai dengan muka yang muram.

“Eiii...apa ni sampai kena panggil.” Seperti biasa Rizal akan menyindir.

Baiti duduk di kerusi yang paling belakang.Mukanya bengang.

“Baiti, awak ok ke?” Nurindah bertanya, memaniskan muka.

Baiti tersipu, pipinya merah.Dia menarik tudung hitamnya ke depan menutup mukanya.

“Marilah duduk di depan.” Nurindah  menyuruh.

Baiti  cuma mendiamkan diri, dia tidak menghiraukan Nurindah.

Nurindah menggeleng, namun dia tetap meneruskan pengajarannya.Kanak-kanak yang lain kelihatan berminat  kecuali Baiti.

“Tengok cikgu, Baiti ni pemalas.”Rizal menunjukkan kertas jawapan Baiti yang dikutipnya; hanya satu daripada sebelas soalan sahaja yang dijawab. Itupun salah.

“Tak baik kata macam tu Rizal.”Nurindah mengemaskan kertas-kertas jawapan yang dikumpul.

“Cikgu...cikgu kena ganti balik hari-hari yang cikgu tak datang hari tu.”Danish membelek-belek buku di meja Nurindah.

Nurindah ketawa.Selalu cikgu yang akan bising  untuk membuat kelas ganti.Memang hampir dua minggu Nurindah tak dapat mengajar, demam dan sibuk menguruskan hal adik-adiknya.

“Cikgu minta maaf ok.Sekarang beritahu cikgu siapa yang dapat kedudukan  satu hingga tiga dalam kelas?Cikgu ada hadiah nak bagi.”

“Apa dia cikgu?”Rizal kelihatan teruja.”Saya dapat nombor tiga cikgu.Najmi dapat nombor satu.”

Najmi cuma tersenyum.

“Saya  dapat nombor dua cikgu!” Danish sentiasa bertenaga.

“Kalau ada rezeki cikgu ingat nak belanja.”

“Yay!!”Kelas menjadi riuh rendah.

“Tak adil, soalan darjah lima lagi senang daripada darjah enam.”Maryam merungut, tak puas hati.

“Darjah berapa pun sama sahaja. Yang penting usaha.” Nurindah megemaskan barang-barangnya, bersedia untuk pulang.

Saat kanak-kanak tersebut mengerumuni  meja Nurindah, berbual tentang pelbagai perkara; Baiti masih menyepi di meja belakang.

Loceng berbunyi, menandakan waktu untuk tidur bagi penghuni-penghuni asrama. “Cepat masa tidur, besok nak sekolah.”

Kanak-kanak tersebut perlahan-perlahan meninggalkan Nurindah kecuali Danish  dan Baiti.”Danish, pergi tidur.”

“Alaa...kejap lagi la cikgu.” Danish berat hati, dia masih mahu bercerita dengan Nurindah.Memang Danish suka bercerita, dia akan bercerita tentang hal-hal di sekolah dan pelbagai lagi.

“Maaf, cikgu nak bercakap dengan Baiti sekejap.”Nurindah sebenarnya tak sampai hati apabila melihat muka Danish memerah.Aduh.

“Alaa..”Danish mengemas bukunya kemudian berlalu.

“Baiti, cikgu nak tanya sikit boleh?” Nurindah mendekati Baiti.Mukanya kelihatan keliru.

“Baiti ada masalah ke?”Nurindah bertanya, dia sedar dia tidak mempunyai pengalaman yang cukup sebagai kaunselor. Namun dia tidak boleh mendiamkan diri.

Baiti menggeleng, mengetap bibir seperti memaksa diri mahu senyum.

Nurindah sedar, dia tidak berupaya menyuruh Baiti bercerita.”Kalau ada apa-apa masalah, beritahulah cikgu. Mana tahu cikgu boleh selesaikan, paling kurang rasa ringan sikit.”

Baiti mengangguk.

“Dah sekarang pergi masuk tidur tau.”

Baiti bangun dan beredar perlahan. Nurindah tersandar sebentar di kerusi, dia mengeluh kecil. Tuhan adakah perkara salah yang telah kubuat?

Nurindah singgah sebentar di dapur. Pak cik dan Kak Yam sedang berbual.”Cikgu marilah masuk minum.”Kak Yam seperti mempelawa Nurindah.

“Baiti ada apa-apa masalahkah Kak Yam?” Nurindah bertanya setelah meneguk secawan teh.

“Kenapa?”Kak Yam bertanya.

“Baiti tu memang liat sikit cikgu.Kerja sekolah pun tak dihiraukan.Tadi masa sekolah dia balik sendiri, jenuh Pakcik tunggu.” Pak cik bercerita.

“Masalah cinta cikgu.Sedih sebab buah hati tak balas surat.”Kak Yam menyambung.

Nurindah terlunga.Cinta?Umur sebelas tahun sudah ada buah hati, sedang dia sendiri pun tak pernah ada.

“Ye ke?”Nurindah tersenyum. Jika benar bagaimana dia mahu menolong dia sendiri pun tak pasti.

“Biasalah budak-budak cikgu.”

Setelah berbual barang sedikit Nurindah beransur pulang.Jam hampir menunjukkan pukul dua belas malam saat Nurindah merehatkan kepalanya di atas bantal.

Terkenangkan Baiti, mukanya comel dan pipinya gebu.Walaupun berumur sebelas tahun, gadis kecil itu sentiasa kemas dan bergaya.

Jika benarlah Baiti hanyut dalam masalah cinta bagaimana? Jika orang dewasa sendiri  belum tentu mampu untuk menghadapinya, bagaimana pula dengan budak sekolah rendah?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula ...

Entri 33: Rama-rama

Cantik.Berwarna warni dan sangat gemalai. Semua orang menikmatinya. Semua orang memujinya. Bunga dan rama-rama seperti irama dan lagu. Keindahan yang sempurna. Geli.Jijik dan memualkan. Jarang sekali yang menyukainya.Jika boleh mahu diracun.Merosak tumbuhan. Tetapi kita lupa, makhluk yang memualkan itu bakal menjadi rama-rama yang cantik. Apa agaknya perasaan rama-rama saat kita memujinya padahal dulu dia dihina?