Langkau ke kandungan utama

Entri 12: Seadanya

Malam itu kelasnya berjalan seperti biasa.Najmi dan Wafi tidak hadir.

“Mereka malas cikgu.”Beritahu Rizal.

Nurindah agak kehairanan.Inilah kali pertama pelajarnya ponteng.

“Cikgu tak marah?”Tanya Danish.

“Bukan cikgu yang rugi. Cikgu tak rugi apa-apa.”Sebenarnya jauh di sudut hati dia berasa sedikit kecewa.

“Cikgu nanti kalau mereka datang, cikgu rotanlah.”Rizal mencadangkan.

Nurindah menggeleng.”Apa kamu mahu cikgu jadi garang ke?”

“Baguslah cikgu, kalau garang.Cikgu ni baik sangat.”Danish merungut.

Nurindah tersengih.Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjadi guru yang baik. Dia tidak pernah didedahkan tentang profisyen perguruan.Dia cuma menurut kata hati.

“Nanti kalau cikgu betul-betul rotan baru tau.”Nurindah mengusik.

Lima belas minit berlalu.Muhammad mengangkat tangan.”Cikgu, saya nak pergi tandas.”

Nurindah mengerutkan dahi, Muhammad buat muka kasihan.

“Ok.Lima minit sahaja.”

Kelas berlalu dengan budak-budak keluar masuk.Seperti ada sesuatu yang tak kena, namun Nurindah sendiri tidak pasti.

Rasa kecewa melonjak-lonjak.”Nanti beritahu mereka yang tidak hadir yang cikgu kirim salam.”Sindirnya kepada pelajar-pelajar.

“Ok.Cikgu dendalah mereka.”Baiti mencadangkan.Maryam membisikkan sesuatu ke telinganya.

Seketika kemudian pintu terbuka.Muhammad masuk sambil tersengih.Najmi dan Wafi juga turut masuk sambil menjinjing sesuatu.

“Nah ini untuk cikgu.” Najmi menhulurkan beg kertas bercorak kepada Nurindah.Dan serta merta pelajar-pelajar yang lain turut sama mengeluarkan hadiah mereka.

“Maaf cikgu, lambat.” Danish menghulurkan hadiahnya.Memang betul.Hari Guru sudah lama berlalu, malah Nurindah tidak pernah menjangkakan yang dia akan mendapat hadiah.Dia bukanlah seorang guru.

“Terima kasih.”Nurindah terharu.”Kamu patut guna sahaja hadiah-hadiah ni.Tak perlu beri cikgu.”katanya apabila melihat hadiah-hadiah mereka.Tuala kecil, botol air, buku cerita kanak-kanak dan surat yang ditulis dari kertas yang dikoyak dari buku latihan.Dia tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Ini yang kami mampu cikgu.”kata Rizal merendah diri.

“Tak apa.Terima kasih.”Terasa mata Nurindah seperti basah.

Malam itu sebelum tidur, Nurindah membaca surat-surat pelajarnya.

Dari Najmi kepada Cikgu Nurindah.

Selamat Hari Guru.Happy Teacher Day.

Saya harap cikgu panjang umur.Cikgu saya minta maaf atas kesilapan saya.

Nurindah membuka surat yang seterusnya.

Selamat Hari Guru kepada Cikgu Nurindah.Semoga panjang umur dan kekal dunia akhirat.

Dari Danish

Nurindah tersenyum.Kekal dunia akhirat?

Dan semua surat dibaca satu-satu.Dan semuanya membuatkan Nurindah tersenyum.Kanak-kanak ...suci ikhlas seadanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...