Langkau ke kandungan utama

Entri 89 : Cinderella


Kamu dilahirkan sebagai khalifah,patutkah kamu berharap orang lain menghargai kamu sedang kamu sendiri tidak mahu menghargai diri sendiri?
Dia memberhentikan kereta kecil di depan sebuah hotel mewah.Dia tercari-cari tempat parking yang sesuai, perlukah dia masuk untuk daftar dahulu dan tinggalkan keretanya di sini atau bagaimana?

Bingung.

Dia keluar dan bertanya kepada lelaki yang berdiri di kaunter yang tertulis 'Valet Parking RM 30' , dalam hati terdetik.Oh, mahalnya.

"Puan boleh parking di dalam tingkat bawah, tinggalkan beg kepada bellboy kat sana."Beritahu lelaki di kaunter tersebut dengan sopan.Dia menurut, bellboy yang pertama kelihatan sibuk mengangkat beg tetamu lain.

Dia menarik keluar beg sebesar 24 inci dan termangu-mangu sebentar.Saat kekok mula datang, aku sudah lupa cara masuk hotel mewah begini.Hatinya sedikit ralat.Tiba tiba seorang bellboy lain mendekat.

"Terimakasih" Inilah pertama kali dia berurusan dengan bellboy.Dia tidak ingat bilakah kali terakhir dia menginap di hotel mewah, itupun tidak menggunakan khidmat bellboy.Dia dan kawan-kawan datang atas urusan kerja.Tentulah penginapan itu ditaja syarikat.

Kali ini dia mengikut suara hati.Biarlah dia bayar sendiri untuk dirinya.

Dia mahu ke tempat yang dia dapat fokus, meninggalkan semuanya kebisingan.Dia mahu memanjakan dirinya, dia mahu mengkaji apa yang silap, apa langkah seterusnya dalam hidup ini.Dan yang penting dia tidak mahu mendengar suara siapa-siapa.Dia mahu senyap, cuma dia dan dirinya.

Memasuki bilik hotel dia terasa aman.Terasa terharu.Sebelum ini dia berkira kira untuk semalam di hotel mewah.

Ya, bayar semalam hanya untuk tidur?

Tidak, dia datang bukan hanya untuk tidur.Ini hadiah untuk dirinya sendiri.Mulanya dia melawan gerak hatinya dari menempah hotel begini.

Kalau nak buat pelan tahun ini, buat saja dekat rumah.

Tetapi hari Sabtu kelmarin dihabisi dengan mengemas rumah seorang diri seharian.Dan pagi tadi apabila dia bangun dia mendapati peti sejuk tidak berfungsi.

Ya Allah, mengemas peti sejuk bukanlah perkara yang sekejap.Apatah lagi barang-barang di dalam bukan semua miliknya.Dia sudah membayangkan dari mula hingga akhir proses membersihkan peti sejuk.Dia perlu memilih makanan-makanan yang sudah rosak.Membasuh bekas bekas dan kemudian mencuci peti sejuk.Ahh, cuci peti sejuk adalah rutin yang dibuat beberapa bulan sekali.

Semalam sudah seharian, adakah hari ini akan mengambil masa seharian lagi? Baru dia bertekad hari ini sepatutnya dia mencuci tandas.Kemudian baru fokus untuk membuat pelan dan hal hal berkenaan dengan dirinya sendiri.Jika aku perlu membersihkan lagi bila aku patut mula membuat tugasan yang berkenaan dengan diriku?

Tiba-tiba terasa hidupnya seperti Cinderella, cuma tidak ada pari-pari yang datang membawa labu untuk dia lari dan bertenang.

Tidak ada pari-pari?
Tidak ada kasut gelas dan baju cantik?
Tidak ada putera tampan?

Bukankah kukatakan padamu bahawa menempah hotel mewah itu sebenarnya bakal merubah hidupmu? Engkau kerja keras, dari minggu lepas hingga minggu ini.Dari tahun dulu dulu hingga sekarang.Apa yang kau berkira kira dengan diri mu sendiri?

Sebelum ini kan aku selalu melancong?Masih lagi menolak cadangan hati.

Ya,sebelum ini kamu pergi melawat negeri orang dan itupun juga atas kerja keras kamu belajar membuat itenari dan pelan kembara  yang menjimatkan supaya kamu dan kawan-kawan tidak kesesatan dan tidak kehabisan wang.Bisik suara hatinya.

"Bila kali terakhir kamu mendapat suasana yang sunyi dan senyap untuk dirimu?"

Akhirnya dia ikut gerak hati, maka sebelum dia memulakan kerja rumah, dia duduk sebentar mencari cari hotel yang sesuai.Saat selesai, dia bangun dan melihat peti sejuk dengan pandangan yang berbeza.Kenapa dia tidak tertekan dan bersedih lagi?Dia tersenyum.

Cepat-cepat dia menyusun barang.Dia leka shingga dia perasan bahawa peti sejuk itu tidak rosak akan tetapi suisnya yang bermasalah.Bagusnya kerana dia sudah pun selesai membersihkan peti sejuk.

Cepat cepat dia labelkan suis supaya tidak membahayakan orang lain.

Dia mencabut suis dan mencapai extension, juga memberitahu kawan serumah lain dan tuan rumah.Dia tidak lagi merungut.Cuma memberitahu status supaya tidak ada perkara bahaya berlaku.

Dia mencuci tandas seperti rutin yang selalu dibuat setiap dua minggu sekali.
Dia mencuci dapur dan sinki seperti selalu.
Malah kali ini dia sempat menampal nota di mesin basuh.Kawan serumahnya selalu terlupa letak pelembut kain, kemudian tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan mesin tersebut hanya untuk letak pelembut kain.Sekarang ada nota ini, tak ada masalah lagi.Kalau terlupa, setkan mesin basuh untuk bilasan terakhir.

Dia melihat rumah dalam keadaan bersih.Nikmat selepas lelah.

Sekarang Cinderella perlu berehat dan membuat menumpukan apa yang patut untuk dirinya sendiri.

Tidak ada kasut gelas tidak bermakna kita tidak boleh berlari.
Tidak perlu tunggu pari-pari atau putera kacak, kita cipta hidup sendiri.

Memang bertuah jika orang lain yang menghadiahkan kita apa yang mahu.Tetapi kita dilahirkan untuk meneroka bukan menunggu.

Kamu dilahirkan sebagai khalifah,patutkah kamu berharap orang lain menghargai kamu sedang kamu sendiri tidak mahu menghargai diri sendiri?

Kenapa membuang masa menunggu-nunggu balasan, sedang Allah sudah lama membalas dan menyayangi mu dengan akal yang waras untuk kamu menghargai hidupmu dengan cara yang engkau sukai asal tidak dibenciNya.

Sekarang dia faham, kenapa Cinderella gembira dan menyanyi ketika membuat kerja. Siapa pun akan gembira bila melakukan perkara yang betul , apatah lagi ditemani haiwan haiwan kecil yang comel.

Saat dia masuk ke biliknya, melihat pemandangan yang luas terbentang.Penuh syukur.Dia menelefon ibu, mengucapkan Selamat Tahun Baru.

Ibu seperti biasa, mendoakan dia dan dia mengaminkan setiap kata ibu.Doa ibu itu salah satu nikmat.

Kemudian dia mematikan telefon bimbitnya.Sudah.

Cinderella ini mahu pergi menari.Cepat-cepat dia membuka laptopnya.Dia membuat satu fail dan  menaip "Pelan 2018" dan dia terus hanyut dalam dunianya.


1 Januari 2018,8.04 pagi
Hilton PJ,Kuala Lumpur








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...

Entri 179 : Aku sebatang pensil ...

Aku sebatang pensil, berwarna biru. Di batang tubuhku terukir dengan tinta emas nama pelangganku, sebuah rangkaian hotel terkemuka di dunia. Aku tidak berapa pasti dari mana asal usulku. Cuma menurut cerita aku ini kacukan dari dua bangsa yang sangat berbeza. Samada ayahku berasal dari kayu kayan yang hidup berakar di bumi ataupun ibuku mungkin galian dari tanah. Plumbum barangkali. Aku masih ingat ketika aku diusung keluar dari kilang, bersama-sama dengan kawan-kawanku. Kami dibahagikan ke beberapa cawangan hotel di seluruh Malaysia. Setibanya kami di hotel, kami diletakkan di dalam bilik berasingan, di atas meja bersama buku nota kecil. Tetamu datang dan pergi. Kadang-kadang mereka menggunakan aku, mencatatkan nombor-nombor dan kemudian aku ditinggalkan di atas meja semula. Aku tidak ingat berapa lama aku terdampar di atas meja,  jika ada tamu yang cemerkap aku terpelanting di bawah meja. Juru kemas akan memeriksa keadaanku dan meletakkan aku semula di atas meja. Suatu hari ada ...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!