Langkau ke kandungan utama

Entri 0 : Dari hati

Hari ini saya nekad memilih entri-entri kegemaran saya.Susah rupanya.Mungkin saya perasan sendiri, tapi jujurnya saya merasakan semua entri-entri di blog ini dekat dengan hati.

taman tasik perdana, kuala lumpur

Betul, sangat dekat dihati ini.Saya mengenang kembali saat saya  menulisnya, ada ketika saya menangis dan ada ketikanya saya tersenyum sepanjang hari.Saya berkata kepada diri saya, saya tidak ada apa-apa untuk dikongsi untuk sekalian manusia dan saya berharap sekali penulisan ini sampai ke hati anda.

Tentulah saya mohon kebijaksanaan anda mengambil manis dari yang pahit.

Saya suka menulis dan selalu terlintas di hati saya, apa yang pembaca fikir apabila mereka membaca blog ini.Sedihkah mereka? Sukakah mereka?Apa yang mereka dapat?

Saya tidak tahu.Saya tidak hidup dalam dunia kalian sama bagaimana seperti kalian juga tidak hidup dalam dunia saya.Kita manusia hidup kelihatan bersama sama akan namun setiap kita bakal dihakimi tentang hidup yang kita lalui sendiri.

Akan tetapi saya tahu hidup saya, jadi saya menulisnya.Saya menulis kerana saya suka menulis, menulis tentang hidup saya atau membayangkan saya hidup di dunia kalian.

Saya sedaya upaya menggunakan pengetahuan bahasa saya yang cangkat ini.Saya letakkan nombor-nombor di setiap entri, fikirkan tajuk untuk setiap entri dan sesetengah tajuk mempunyai makna tersirat.Jika blog ini anak saya, mungkin padanya saya ini seorang ibu yang tegas.

Hari ni, bila saya menyelusuri entri entri ini , saya berkata kepada hati.
Jika aku mati, biarlah cerita di sini menjadi pengajaran.Tentang hidup yang ada suka dan duka.Biarlah blog ini menjadi seperti buku dan kenang-kenangan dariku yang pernah hidup dan ingin hidup.
Terima kasih sebanyak banyak nya buat kalian, kerana sudi mencicipkan masa membaca blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang,
Nur

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...