Langkau ke kandungan utama

Entri 125 : Langit

Mendarat lapangan terbang antarabangsa Siem Reap pada pukul lebih kurang 10 setengah malam agak memenatkan. Seorang pemandu teksi berusia 30 puluhan bermuka Melayu menyambut mereka ramah dengan bahasa Inggeris yang fasih.

"Dari mana belajar Inggeris?"

"Dari sami-sami, kemudian belajar bercakap dengan pelancong di sini-sini.Di sini yuran universiti sangat mahal, jadi kebanyakan kami belajar begini."

Tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang menjual cenderahati di sini boleh berbahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan pelbagai bahasa yang lain. Yang mengejutkan adalah bila dia mengenangkan dirinya yang sendiri masih merangkak-rangkak belajar bahasa Arab, Mandarin atau Inggeris padahal kemudahan belajar di Malaysia sangatlah murah dan mudah di Malaysia.

Terpukul sejenak bila memikirkan dia setiapkali beribu alasan untuk belajar sedang di sudut dunia ini ada yang belajar bermodalkan kecekalan. Serba kekurangan.

"Mekah ini gersang, tidak ada laut atau tasik yang cantik. Cuaca pula panas terik. Tidak seperti negara-negara lain. Semoga sesuatu yang tiada apa-apa dan gersang ini boleh memenuhkan hatimu." 

Siem Reap dengan wajah-wajah Melayu tetapi menggunakan pertuturan asing, tulisan yang asing dan rata-rata beragama Buddha.

Bahasa Khmer yang diwarisi itu dipengaruhi dari bahasa Sanskrit dan Pali dari zaman dahulu kala. Dikatakan bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh yang sama dan tulisan yang lebih kurang sama. Tidak mengejutkan bukan?

Selepas itu bahasa Melayu dipengaruhi dengan bahasa Arab dengan mengadaptasi tulisan Jawi dan kemudian ianya dirumikan. Sayang, sepanjang tempoh evolusi bahasa sedikit sebanyak ada huruf tertinggal dan ada makna yang mungkin disalahertikan.Bahasa jiwa bangsa, walau tercicir satu huruf akibatnya boleh jadi fatal.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Jika tidak dicari betul betul, akan ada tuduhan seperti ,

"Apalah bahasa Melayu ini? Sejak bila pagar boleh makan? Patutlah orang Melayu selalu pening!"

Lebih tajam lidah dari pedang, yang menyedihkan ianya keluar dari mulut empunya bangsa itu sendiri.

Sedangkan peribahasa tersebut sebenarnya merujuk kepada sejenis spesis ayam yang digelar Ayam Pegar.

Saat dia sampai ke hotel, seorang pelancong Barat melambakkan cadarnya di ruang lobi sedang pekerja-pekerja di situ melayannya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba terasa berat. Perasaan itu datang kembali.

Tidak ada kena mengena. Cubalah bersangka baik. Pesannya hatinya sendiri.

Indonesia, memori saat dia berjalan seorang diri pagi-pagi buta menempuh dingin embun semata-mata ingin mengejar matahari naik. Dia suka melihat matahari naik sebab suasananya sunyi dan tenang. Hanya orang yang berjaya bangun awal faham akan nikmat melihat matahari naik.Keindahan matahari naik berbeza dengan keindahan matahari terbenam.Melihat suasana bumi memulakan kehidupan.SubhanAllah.

Melalui jalan yang agak sunyi di Gili Terawang atau digelar Gili Tra la la oleh penduduk tempatan dek kebisingannya di waktu malam.

Kedengaran suara ;

"Ahhh.. you can do it. Come on!!"

"Yes, just do it."

Dua orang wanita Barat sambil meneguk bir memaksa budak lelaki mengayuh basikal sedang mereka berdua mahu memboncengnya. Mana mungkin?

Terketar-ketar kaki budak itu cuba mengayuh sedang dua orang wanita tersebut menjerit jerit memberi sokongan sambil ketawa.

"Go on."

"I can PAY you. Come on!Let's go!!"

Dia berdiri kaku di situ menjadi saksi adegan tersebut. Masa terasa sekejap tetapi dia sempat menangkap mata lelaki itu tepat memandang matanya.Mata yang sayu, keliru dan pelbagai lagi.

'Aduh bule ini sudah mabuk, mbak.' Kata budak itu sambil senyum pahit. Sedang dia berdiri di situ dengan rasa  simpati, tidak melakukan apa-apa.

Mata sayu dan senyum pahit budak lelaki itu terus melekap di ingatan dan apabila di sini perasaan yang sama itu semakin kuat.
Melihat mata-mata keletihan dan senyum dipaksa-paksa.

"We PAY you! So we DESERVE it."

Duit duit ditabur, harga makanan mahal, semua mahal. Harga arak lagi murah dari Coke!

Dan wanita wanita tempatan di jalanan memanggil manggil untuk urutan. Takut dia hendak memikirkan jika perkhidmatan mereka benar-benar sekadar urutan.

Negara-negara miskin menjadi pusat hiburan yang langsung tidak mencerminkan budaya masyarakat tempatan. 

"Jangan terkejut Nur, di negara kita sudah berlaku demikian terutama di pulau-pulau.Perkara-perkara yang sudah di luar budaya berlaku hanya untuk menarik perhatian pelancong kerana DUIT." Antara kesimpulan seorang sahabat apabila bercerita tentang pengalamannya.

Benar, rupanya persepsi hiburan berbeza bagi setiap orang.
Begitu juga dengan ayat;

Saya kerja kuat maka selayaknyalah saya mendapat apa yang saya nak!

Tidak semestinya.Ada di sudut dunia, di mana separuh mati berusaha hasilnya tetap buntu.

Tidak semestinya.

Rupanya dia baru terjaga dari mimpi indah yang disangka realiti. Realiti itu pahit.BUNTU.
Seperti ada tembok besar menghadangnya, ke kiri kanan atau mana saja tidak boleh. Mujur dia masih dapat memandang langit.

Ya Allah, Engkau yang mengurniakan rasa kecukupan, keselamatan dan keamanan. Jika hati kami ini dipenuhi oleh Mu, maka tiada siapa boleh mengambilnya dari kami. Penuhkan hati kami dan penuhkan hati mereka ini.
Amin.
Langit biru itu, ada insan lain yang langsung tidak berpeluang melihat langit itu.
Ta Phrom, Siem Reap . Kredit gambar @dausharon [Instagram]
Nota : Realitinya penulis terasa sarat sangat untuk menulis entri kali ini. Dek kerana sarat, penulis memutuskan untuk meletakkan noktah.Didoakan semoga segala maklumat di sini dapat membantu pembaca untuk lebih membaca dan mengkaji.

Antara rujukan :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula ...

Entri 33: Rama-rama

Cantik.Berwarna warni dan sangat gemalai. Semua orang menikmatinya. Semua orang memujinya. Bunga dan rama-rama seperti irama dan lagu. Keindahan yang sempurna. Geli.Jijik dan memualkan. Jarang sekali yang menyukainya.Jika boleh mahu diracun.Merosak tumbuhan. Tetapi kita lupa, makhluk yang memualkan itu bakal menjadi rama-rama yang cantik. Apa agaknya perasaan rama-rama saat kita memujinya padahal dulu dia dihina?