Langkau ke kandungan utama

Entri 126 : Hitam


Gelap padang pasir
Ditinggalkan  berseorangan
Bersama anak kecil 
Terdesak dia hingga berlari lari antara dua bukit berulang kali
Namun bersangka buruk pada Tuhannya tidak sekali

Dia langsung tidak tahu Tuhannya mahu megurniakan zamzam
Dia tidak perlu tahu 
Cukuplah dia tahu bahawa Tuhannya takkan pernah mensia siakan hambaNya



Dilukis dengan Samsung Sketch Book

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 59: Pilihan Ibu

“Kenapa, adik kerja lasak ke?” Tanya jurujual saat emak berkira-kira tidak mahu memilih rantai tangan yang berjurai-jurai. Rantai tangan Nurindah jatuh , hilang terus tak dapat dikesan beberapa bulan yang lalu.Nurindah terasa kecewa bila rantai emas yang bernilai lebih RM800 hilang begitu sahaja.Lesap duit simpananannya. Kali ini dia mahu membeli lagi, mahu menebus kekecewaannya.Ibu dibawa sekali untuk memilih. “Kerja lasak tu tidak la...”jawab emak, diam ayat tergantung di situ. “Tapi nana.”Sampuk Nurindah. “Ya.Nana.”Emak setuju.Jurujual tergelak.Ya, Nurindah bukanlah pelasak orangnya tapi kurang berhati-hati.Ada sahaja yang tumpah, yang dilanggar, yang terjatuh.Ada sahaja ceritanya, baru-baru ini jam tangannya selamat jatuh di dalam lubang tandas di sebuah pusat membeli belah.Memanglah Nurindah tak boleh dipersalahkan seratus peratus dek jam tangan itu memang sudah rosak, dan selalu tercabut.Tetapi rekod nana nya menghilangkan rantai emas  menyebabkan dia nampak bersalah. “Kamu ...