Bumi sedang pulih setelah tenat sekian lama.
Setelah memberitahu mereka sekelian lama.
Gempa, tsunami, banjir apa sahaja.
Mereka tidak pernah peduli.
Bertuhankan 'Asal aku okay'!
Nasib ibu bapa kehilangan anak-anak.
Anak kehilangan ibu bapa.
Tanah, hutan dirampas malah hingga ke laut dalam, atau ketulan ais.
Kebanyakan mereka diculik.
Rayuan dan tangisan mereka,
Tidak ada siapa peduli.
Mereka itu kejam, mereka meneroka , merosak dan merampas semuanya.
Untuk ditukar dengan kertas dari pokok-pokok yang ditebang.
Tidak pernah cukup, lagi dan lagi.
Tamak untuk kehidupan yang sementara.
Kemudian bergaduh sesama sendiri.
Bumi sedang pulih.
Sambil mengajar manusia tentang kemanusiaan.
Moga moga ada yang mengambil pengajaran
Ulasan
Catat Ulasan