Langkau ke kandungan utama

Entri 149: Cik Biru Nilam

Hai Cik B,

Susahnya nak tulis entri ni . Nak mengimbas semua kembali susah rupanya.

Susah nak ubah rutin harian tanpa kamu  Cik B, dulu aku fikir senang.

5 Jun, 
Seperti saat pagi Jumaat selepas Subuh kamu kelam kabut merayap atas  ribaku  tapi seperti biasa aku membebel.

Dua tiga hari ini  aku perasan engkau tak lalu makan, rupanya engkau cuma nak makan bila aku suap. Makin panjang aku bebel sebab bertambah pula kerja aku nak menyuap kamu.

Itu Subuh terakhir dan kemudiannya kamu tidak keluar keluar lagi. Kamu tidak keluar lagi menggigit dan mengejar kakiku pada waktu pagi atau petang. Ianya bukan sesuatu yang aneh kerana ada harinya engkau tidak ada mood untuk keluar. Pernah engkau tidur seharian dan  akhirnya kami menjumpai kamu masih tidur di bawah sofa di petang hari raya.

Petang itu aku makan nasi kukus ayam berempah, seperti biasa aku simpan secarik dua ayam untuk kamu. Engkau paling suka ayam. Kamu masih tak keluar keluar. Aku faham sebab selama ini kamu memang mengambil masa kamu sendiri bila nak keluar atau apa apa. Selama bersama kamu sangat jarang berbunyi,  jadi aku lebih faham mata dan tingkah kamu.

Malam masih tidak keluar, aku tertidur dan terjaga pukul 1.30 pagi. Aku melihat bekas makananmu, ayam masih di situ. Hati ini terdetak sekejap. Aneh.

Susah hati terus  aku memunggah dan mencari kamu. Akhirnya kujumpai badanmu yang keras di balik katil. Aku merenung antara percaya atau tidak.

Dalam hati ,'ahh kamu sudah mati tetapi kenapa aku tidak terasa mahu menangis.' Aku mencari  tisu dan sarung tangan.

Rupanya tangisku meledak saat aku pegang badanmu. Aku tersedu sedu dan aku sendiri tidak faham dari mana.Engkau betul betul mati.

Saat aku mengurusi badanmu, aku memikirkan  di mana  ku harus kebumikan kamu.
Aku cuba bayangkan tasik, burung dan kehijauan yang kami (manusia) rampas dari kamu.

Sesudah Subuh,

Waktu pagi di Taman Tasik Layang-layang yang sebelum ini lengang tak berorang penuh dengan  manusia. Susah benar nak cari tempat yang aku fikir kamu akan suka. Aku cerewet dan engkau pun cerewet . Setelah bersusah payah, aku merehatkan kamu di suatu tempat yang paling aku suka.

Di bawah pokok , berhadapan tasik. Banyak burung dan kita berkelah, seperti janjiku tempoh hari.

Cik Biru Nilam - 1 Mei 2019 - 5 Junn2020

Aku minta maaf Cik B,
Maaf kerana selalu membebel
Maaf kadang aku tidak sensitif
Maaf ketika mula mula aku membeli kamu aku mengurung kamu
Maaf jika aku terberi makanan yang  engkau tak suka
Maaf jika aku selalu mengusik kamu
Maaf kerana sepatutnya engkau bebas di luar, di habitat mu
Tetapi aku beli dan mengurungmu
Maafkan sahabat yang kerdil ini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...