Langkau ke kandungan utama

Entri 157 : Sebelah hitam

Dia membuka mata, tertanya-tanya kenapa masih hidup?

Percubaan untuk menamatkan riwayatnya sendiri gagal - itu yang paling menakutkan. Apabila gagal mati dan terpaksa menghadapi soalan KENAPA?

"Kenapa bodoh sangat?" Ramai kat luar sana nak hidup tau.

Sebab dia mahu mengakhiri riwayat sendiri bukanlah kerana isu yang kecil. Mungkin dipandang kecil bagi kebanyakan orang yang menikmati hidup.

Penafian.

Penolakan.

Perjuangan.

Satu demi satu tanpa henti, tanpa peluang untuk rehat.

Akhirnya dia letih dan rebah.

Tiada manusia yang kuat. 

"Ohh kamu tidak meletakkan Allah dalam perjuangan, sebab itulah kamu kecewa."

Bertuahnya mereka yang mudah mencari Allah, sedang dia adalah golongan yang susah. Dicarinya dari ibu bapa yang alim, tetapi ibu bapa itu mengecewakannya. 

Cuba membaca AlQuran, dia tidak faham. Mencari cari orang yang faham akhirnya bertambah dia tidak faham.

Dicari dari guru agama, guru agama itu yang mengkhianatinya.Dicarinya dari mereka yang soleh solehah sedang mereka itu menjeliknya.

Dicari dari agama lain, maka dilabelnya murtad. Pelbagai nista. Sedangkan dia sedang mencari Tuhan tetapi entah semakin dicari semakin sesat.

Dia terkontang kanting tertanya. Dia tidak mahu kaya, dia tidak mahu apa-apa. Dia cuma mahu tenang dan tidur nyenyak seperti mereka yang lain.

Mungkin usahanya untuk tidur selama-lamanya gagal dan dia terjaga. Seperti yang dijangka.

"Jatuh kafir tau kalau bunuh diri."

Dia cuma mahu mereka mendengar tanpa apa apa komen. Mereka mendengar dengan perasaan prejudis. 

Jadi dia tertanya sendiri,"Tuhan jika di sini aku tidak diterima, maka di mana aku harus pergi?"

Pastinya Tuhan tidak akan menghulurkan tangan dan mengesat air matanya. Matanya yang basah dikesat sendiri.

"Alhamdulillah, kamu sudah sedar." ucap doktor sepatah tanpa sebarang ulasan atau pertanyaan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...