Langkau ke kandungan utama

Entri 197 : 40 Sen

 Daun kari dan daun pandan, itu misi. Namun melalui gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai, anda pasti faham apa yang berlaku seterusnya.

"Kalau nak pakai selalu lagi lebih baik ambil paket yang besar. Murah sikit." Seorang tua yang menjual rempah kari dan santan segar menerangkan kepada seorang pembeli juga seorang wanita tua.

Wanita tua kelihatan keliru, dibelek-beleknya paket kari tersebut.

"Ini kat belakang tertulis kandungannya berapa gram." Penjual itu menunjukkan kandungan di paket besar. "Nah cuba bandingkan."

Tertarik dengan keramahan penjual itu, dia beratur di belakang wanita itu dengan sabar. Kebetulan rempah kari ikan sudah habis. 

"Anak nak apa?" Penjual itu mengeluarkan paket rempah kurma. "Ini ada rempah untuk masa kurma."

"Saya nak kari ikan."Dia menjawab tapi takkan nak beli kari ikan saja kut. "Ambil rempah sup." Walaupun dia jarang menggunakan rempah sup ketika memasak sup. Dia ternampak paket merah, "Nak rempah kerutuk tu satu." Eh... eh seumur hidup tak pernah masak kerutuk.

"Baik, semua dua ringgit enam puluh sen." kata penjual menghulurkan beg plastik yang berisi rempah-rempah.

Dia mengeluarkan not biru, semua tiga keping. "Simpanlah baki." 

"Alhamdulillah. Baki ni saya wakafkan ya." 

Dia mengangkat kening, sedikit hairan.

"Duit baki ni semua saya wakafkan. Kadang-kadang sebulan mencecah empat ratus ringgit." Penjual itu mengangkat sedikit bekas plastik yang penuh berisi siling dengan bangga.

"Alhamdulillah." Dia mengangguk faham. Bulan-bulan berwakaf sebanyak RM400, banyak tu. Gembira kerana hari ini dia bukan sekadar membeli.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...