Terima kasih kerana mengingatkan aku
harga hidup bukan pada singkat atau panjangnya umur
tetapi memenuhinya dengan syukur sehingga suatu saat kita dijemput pergi
Terima kasih kerana mengingatkan aku
Saat aku memercik air ke kelopak-kelopakmu yang mengering
Mengutip kelopak-kelopakmu yang harum
Itulah hidup kita yang akan ada kesudahan
Sehingga saat itu tiba dan kau pergi dulu
Dirimu akan menyatu bersama tanah dan membaja demi yang hidup
Terima kasih kerana menjadi penyejuk hatiku dalam masamu yang singkat itu
Ulasan
Catat Ulasan