Langkau ke kandungan utama

Entri 212 : Cik Pandan Mengawan

Cik Pandan miang, sudah dua tiga kali kitarannya aku cuba abaikan. Tetapi rasa kasihan pula sebab Cik Pandan betul-betul macam sakit. Ketika pertama kali kejadian, aku panik dan bawa Cik Pandan jumpa doktor tapi doktor kata kucing aku sihat.

Rupanya begitu bila kucing miang. Memang dah tak ada rupa comel dah. Makan minum entah ke mana. Maka aku pun terpaksa memulakan misi mencari calon menantu. Bukan senang rupanya.

Setelah beberapa lama, jumpalah satu baka yang kelihatan sekufu seperti Cik Pandan. Program bertaaruf berjalan lancar, malam tu juga aku bawa balik menantu. Bermulalah drama perang suami isteri.

Dek marah Cik Pandan tak sengaja tercakar muka aku. Darah menitis terkejut aku. Mujurlah aku pakai kaca mata pada waktu tersebut. Tak apalah demi sayang aku redha saja.

Keesokan paginya bermulalah episod mencuci. Kucing jantan tentulah tabiatnya yang menyembur dan Cik Pandan ni bila ketakutan sudah tak pandai nak menggunakan kotak pasir. Aku cuci dengan sabar lagi dan menyusun strategi supaya perkara-perkara tak diingini berlaku.

Akan tetapi keesokan harinya berlaku lagi dan lagi. Akhirnya dua-dua suami isteri tersebut aku kurung dalam bilik air yang kosong. Sekurang-kurangnya kalau kotor mudah sikit aku nan mencuci. Hendak dijadikan cerita, mereka berdua ni berhenti bergaduh dan saling menyayangi pula bila dikurung. Kalaulah aku tahu, awal-awal lagi sudah kukurung.

Cuma bila dikurung, kucing jadi kurang bersih. Bulu tak jadi bersinar dan berbau. Walaupun tiap-tiap pagi aku mencuci dan mengemas bilik air tersebut. Yang inilah aku kurang gemar. Hendak dilepaskan, masih banyak lagi benda yang aku hendak cuci. Tadi baru sahaja selesai mencuci pelapik meja, nanti nak cuci langsir pula. Hujan-hujan begini kain susah nak kering.

Mungkin aku cerewet. Tetapi aku tak suka lantai melekit dan berbau. Ada saja orang yang kukenal memelihara kucing tetapi rumahnya sudah bertukar menjadi kandang kucing. Bila ditanya."Alaa...biasalah kucing."

Kucing tak salah tau. Malah kucing haiwan pembersih. Tak percaya, jarang kucing suka melepak berdekatan dengan najis melainkan tertekan. Selalunya tempat buang air mereka dan tempat lepak mereka pilih jauh-jauh.

Aku cuma menunggu hari saja nanti. Sekarang ini sekali dengan kucing menantu pun aku gosok buang bulu kotor. Pening kepala bila tengok bulu dia serabai. Nanti bila semua proses mengawan ini berakhir, Cik Pandan akan ku hantar untuk mandi. Rindu sebenarnya nak peluk Cik Pandan tapi tahanlah dulu sebab Cik Pandan sekarang nak peluk Bubu (pakwe dia)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...