Langkau ke kandungan utama

Entri 218 : Anak Pandan Mati

26 Februari 2022, Sabtu

Pada waktu anda membaca tulisan ini, sudah tiga ekor anak Pandan mati. Jumlah anak Pandan ialah empat ekor. Yang bongsu mati lemas air ketuban pada hari kelahiran 23 hb, yang kedua mati semalam dan yang ketiga ini mati sejurus dari balik klinik.

Semalam setelah pulang dari vet, saya terus menyusukan yang ketiga ini. Pagi tadi saya monitor dan memberinya susu setitik dua. Kemudian dalam pukul sebelas saya memeriksa badannya, suhunya turun. Masih hidup maka saya bergegas membawanya ke vet. 

Kali ini saya bawa Pandan dan seekor lagi anaknya kerana saya mahu tahu keadaan semuanya. Semalam saya tak sempat membawa kesemua kerana yang seekor itu sudah hampir keras. Apabila saya ke klinik saya ditahan oleh staf dan ditanya tentang appointment. Memang saya tak buat appointment kerana kes kecemasan dan saya tak merancang pun untuk ke klinik hari ini. Saya cemas apabila yang ketiga ini sepatutnya sihat tetapi lemah dan makin selalu menjauhi ibunya.

Maka apabila memeriksa doktor mengatakan tidak ada apa-apa. Cuma yang ketiga ini masih tak pandai menghisap dan susu Pandan juga tak banyak. Padahal saya sudah beri supplemen dan tukar pemakanan Pandan. Jadi doktor menyusukan beberapa titik dan meyuruh saya terus perhati. 

Doktor menyediakan selimut dan dibawahnya sarung tangan yang berisi air panas supaya anak-anak kucing selesa. Doktor juga menunjukkan saya cara menyusu anak kucing, alhamdulillah sama saja dengan cara saya. 

Maka saya memutuskan untuk membeli lagi susu, kali dalam tin. Perut masa ini memang lapar sebab sudah beberapa hari pemakanan saya tak menentu menguruskan Pandan. Tidur pun tak tentu. Tapi tak apa, masih ada harapan. 

Sejurus sampai rumah, saya terus membuka carrier untuk meletakkan anak kucing ke tempatnya. Yang ketiga mati. Saya termenung di situ tak tahu nak berkata apa-apa. Anak kucing yang bernyawa kurang dalam setengah jam mati. Saya tertanya juga kenapa saya ke vet tadi?

Sekarang tinggal seekor. Saya penat emosi. Saya lihat mata Pandan, Pandan lihat muka saya. Dia mengiau tapi tak ada suara seperti selalunya. Kalau seekor ini hidup, maka adalah rezeki kamu menjadi ibu.

Saya tak berani berharap, sudah kering air mata. Badan pun sudah penat. Rumah pun dah macam kucing beranak. Makan minum pun tak teratur hanya hendak memastikan anak-anak kucing hidup. 

Sekarang tinggal yang paling besar. Kalau Allah takdirkan dia bersama saya, dia akan hidup. Kalau tak mungkin Pandan seekor sahaja kucing saya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...