Langkau ke kandungan utama

Entri 222 : Dodol genap 30 hari dan jemput-jemput ikan bilis oat

 Hari ni 25 hb Mac 2022, genaplah umur Dodol 30 hari. Dodol dilahirkan pada 23 hb Feb 2022. Gemuk gedempol benar dia, bila tengok rasa nak peluk kuat-kuat tetapi takut kerana badannya masih lembik. Dia berjalan dengan perutnya yang buncit, terkial-kial mengheret kaki atas lantai yang licin.

Pandan pula sudah mula merenyam. Aduh, anak baru cukup sebulan ibu sudah mahu mencari jantan. Itulah kucing. Besok inshaaAllah nak bawa mereka ini ke vet dan lihat pendapat doktor.

Dua tiga hari ni baru berasa lega sebab tak perlu pindah rumah. Berdoa supaya dapat kekal lama di rumah ni. InshaaAllah saya akan bercerita tentang rumah di lain entri. 

Sebenarnya untuk entri kali ini saya hendak bercerita tentang semalam. Semalam saya berpuasa, semalam juga kami ada kursus sehingga pukul 8 malam. Jadi saya cuma berbuka dengan segelas air. 

Selepas Maghrib saya bergegas ke dapur, potong sedikit Wheatgrass yang saya beli untuk Pandan. Dalam hati berangan nak makan jemput-jemput. Jadi saya pun potong bawang, tumbuk udang kering dan ikan bilis, masukkan sambal dan wheatgrass ke dalam bekas.

Apabila mahu memasukkan tepung, saya mencari-cari. Rupanya saya sudah kehabisan tepung gandum. Yang ada tepung jagung, tepung pulut dan tepung beras. Mulalah mencari idea dan berkira-kira untuk menyimpan sahaja bahan-bahan tersebut di dalam peti sambil itu tertanya-tanya apalah yang saya nak makan malam ini. Hendak order takut lambat sampai sebab sudah pukul lapan lebih. Nak masak nasi terasa renyah pula.

Tiba-tiba teringat oat dalam kabinet atas. Saya tuang oat dalam bahan-bahan tadi, masukkan air sedikit dan dua biji telur. Itulah telur terakhir. Nampaknya saya perlu ke pasar untuk beli barang dapur.

Ketika mengacau saya berdoa supaya jadi sebab tak pernah lagi saya buat jemput-jemput oat. Baunya sangat harum bila digoreng. Alhamdulillah.

Saya terfikir acapkali berlaku, apa yang kita rancang tak dapat tetapi kita mendapat perkara lain. Rezeki saya bukan jemput-jemput ikan bilis daripada tepung untuk berbuka. Allah nak saya cuba jemput-jemput ikan bilis oat. Tak sangka sedap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...