Langkau ke kandungan utama

Entri 221 : Rutin

Saya baru dapat tahu bahawa kucing adalah haiwan yang sangat menyukai rutin. Ia tidak suka jika makanannya atau pasirnya ditukar. Ini sebenarnya menjadikan kucing mudah dilatih. Malah ia akan lebih mengenali rutin tuannya lebih dari tuan empunya diri.

Untuk mengurangkan kucing akibat berjauhan, tuan kucing perlu mengubah rutin beberapa hari sebelum hari perpisahan.

Elakkan dari memeluk atau membelai kucing sebelum anda keluar. Keluar saja, jangan ucap selamat tinggal atau apa-apa.

Eh? Kenapa begitu?

Ia akan menyebabkan kucing mengalami separation anxiety.

Mungkin kerana nanti kucing akan kehairanan dan tertanya-tanya kenapa anda hilang tiba-tiba.

Mungkin kucing akan mengalami kerinduan yang melampau.

Saya tidak pasti tetapi saya belajar bahawa kucing ialah makhluk yang sangat emosi.

Jadi jika hendak keluar rumah, keluar sahaja. Jangan alih perhatiannya dengan memberitahunya anda akan keluar. Keluar terus.


Rujukan Jackson Galaxy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijad...