Langkau ke kandungan utama

Entri 251 : Manipulasi

Saya menulis ini sebab banyak kali saya terdengar perkara yang sama dibahaskan. Kenapa perangai seseorang itu begitu; kenapa perangai suami atau isteri begitu begini.

Maka banyaklah kajian yang dibuat untuk mengetahui mengapa perangai seseorang itu begitu dan begini. Beza otak lelaki dan perempuan, boleh jadi sebab emosi manusia dilahirkan berlainan warna, tarikh lahir dan pelbagai lagi.

Saya langsung tak salahkan kajian-kajian kat atas. Banyak faendah mengetahui perangai manusia ini terutama dalam bidang pemasaran. Kalau anda perasan, setiap perkara yang anda sroll, bincang semua dianalisis oleh applikasi telefon bimbit anda. Maka jangan perasaan kalau apa yang ada fikir tiba-tiba saja terpapar di telefon bimbit. Eh macam faham-faham jer. Maaf, dia takkan faham kalau tak ada data.

Ianya terpapar di telefon bimbit kerana mikrofon di telefon anda merakam perbincangan anda dan applikasi telefon anda juga menyimpan data data anda. Itulah yang orang panggil algorithm.

Berbalik pada perangai; dalam salah satu temu ramah di radio yang kebetulan saya dengar sewaktu saya memandu berbunyi lebih kurang begini;

isteri mengamuk kerana suami semakkan rumah, tak peduli hal anak isteri dan asyik main video game.

Maka isteri tertekan; kenapa perangai suami saya macam ini padahal ianya kerana suami termasuk dalam golongan warna yang santai. Maaf saya tak ingat warna apa.

Masalah isteri tu bukanlah masalah baru, saya juga banyak kali mengalami permasalahan yang sama. Alasan yang sama; sebab orangnya santai. Tak kisah begitu begini. Perangai begitu disebabkan si polan ini termasuk dalam warna tertentu.

Maka bersusah payahlah isteri tu memerah otak nak mengubah perangai suaminya, belajar tips dan trik. Kena lemah lembut, sedikit sedikit dan teknik-teknik yang lain. Lapang betullah isterinya nak ubah perangai suami.

Betul; tak salah teknik tu. Kalau nak ubah perangai orang kena perlahan-lahan. Cuma saya terfikir;

kalau dah suami sejenis santai suka main video game tu disebabkan warna emosi dia; 

kenapa isteri nak ubah dia ikut warna isteri. Kenapa tak ubah diri sendiri ikut warna suami yang santai tadi tu?

Itu adalah eksperimen saya buat sendiri. Percayalah jika isteri pun ikut main video game, tak yah nak hidang makan minum; cukuplah sekadar masak maggi sebab fokus utama adalah bersantai-santai maka jangan terkejut suami yang dikatakan sejenis yang bersantai-santai tadi akan melenting.

Saya pernah berhenti menjadi punctual untuk orang yang suka lambat-lambat. Janji pukul 8 pagi 9.30 pagi baru nak ready. Pernah utarakan kenapa tak set 9.30 pagi sebab rugi lah saya nak tunggu setengah jam; tak nak sebab pukul 8 pagi nampak cun dalam mesej agaknya.

Maka begitulah setiap kali. Akhirnya saya pun malas dan ikut perangai yang sama; tahu-tahu kena ceramah. Eh, eh dia lambat tak apa. 

Samalah bab mencuci dan mengemas. Semua orang kata; kalau emak buat kerja membersih ; mengemas tak ada siapa peduli. Saya kata; tak perlu jadi emak. Jadilah seorang pembersih dan pengemas. Bila kau tak ada haru biru rumah tu dibuatnya; bila kau ada dilayan macam bibik.

Jadi berbalik kepada warna-warna emosi tadi. Bukan masalah warna tu, tapi masalah manusia yang menyalahkan warna apabila mereka berperangai negatif. Senang kata; orang-orang begini memang bijak memanipulasi; parasit ataupun biawak hidup.

Sejenis yang mengatakan malas nak mencuci sebab kan tergolong warna pink. *Pink tu contoh semata-mata. Sebenarnya malas sebab pemalas tetapi taknak digelar pemalas maka salahkan warna.

Yang saya pernah jumpa banyak kali adalah yang malas tapi bagi alasan ekzema. "maaf saya takleh menyapu sebab ada ekzema". Tapi sampai sudah tak ada  invest beli vacum. Padahal tudung, alat solek, minyak wangi beribu-ribu sanggup dibeli.

Sudahnya bila dia keluar rumah, bilik dialah yang paling berhabuk dan kotor. Housmate lain terpaksa cuci bilik tu sebab nak cari orang baru masuk. Sampai sudah saya tak faham bagaimana dia boleh survive ekzema dalam keadaan bilik macam tu. Orang lain pun ada ekzema; sanggup beli sarung tangan;vacum dan alat-alat pencuci yang mahal tanpa bahan kimia demi menyental bilik seminggu sekali. Kalau tak sental; boleh demam sebab habuk.Itulah yang saya faham tentang ekzema. Saya sendiri pun kalau menyental memang naik merah merah kat kulit. 

Sebab itu ada nasihat mengatakan, kalau perangai seseorang itu membuatkan anda keliru maka peganglah apa yang dibuat. Jangan pegang kata-katanya. Sebab tindakan itu yang mencerminkan manusia.

Kesimpulannya yang datang dari warna yang santai-santai tu sila cari yang sama santai. Tak payah stress nak duduk dengan mereka yang jenis nak benda-benda tersusun.

Yang sejenis rajin tu, saya nasihatkan daripada memeningkan diri nak mengubah orang. Ubah diri sendiri jadi rilek dan tak payah memikirkan orang sangat. Lain kali nak cari pasangan; kalau sejenis yang tak tahan dengan perangai orang ; jangan cari yang berbeza carilah yang sama-sama. Sama-sama rajin; sama-sama pembersih. Boleh fokus nak didik anak dari nak pening dengan kerenah pasangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula ...

Entri 33: Rama-rama

Cantik.Berwarna warni dan sangat gemalai. Semua orang menikmatinya. Semua orang memujinya. Bunga dan rama-rama seperti irama dan lagu. Keindahan yang sempurna. Geli.Jijik dan memualkan. Jarang sekali yang menyukainya.Jika boleh mahu diracun.Merosak tumbuhan. Tetapi kita lupa, makhluk yang memualkan itu bakal menjadi rama-rama yang cantik. Apa agaknya perasaan rama-rama saat kita memujinya padahal dulu dia dihina?