Langkau ke kandungan utama

Entri 254 : Review Filem : Swimmers

 Amaran : Jangan baca kalau anda belum menonton ditakuti ada spoiler.

Saya baru habis menonton filem Swimmers, berkobar-kobar jiwa rasanya. Air mata pun mengalir laju.

Filem ini berdasarkan kisah benar seorang perenang dari Syria bernama Yusra Mardini yang menjadi pelarian dek kerana konflik yang berlaku di negaranya.

Yusra Mardini dan kakaknya Sara Mardini ini adalah atlet renang Syria. Mereka dilatih oleh ayah mereka sendiri. Mereka berlatih dengan impian untuk mewakili Syria dalam Olimpik di Rio 2016. Sewaktu konflik, mereka meninggalkan keluarga mereka kerana keadaan mendesak. Mereka ditemani sepupu mereka Nizar.

Perjalanan mereka bermula dengan Turki, naik kapal terbang. Sampai Turki mereka terpaksa mencari orang yang sanggup menyeludup mereka ke Eropah. Rupanya dekat Turki bukan mereka sahaja yang melarikan diri, ramai lagi pelarian melarikan diri.

Sedih betul saat mereka tunggu bot, orang tengah yang hantar bot tu hidupkan enjin lepas tu biarkan mereka yang bersesak dalam bot tu berlepas. Orang tengah tu tak ikut pun. Bayangkan bayar mahal tapi bot pun nazak. Seolah-olah memang nak bunuh dengan sengaja. Tercengang-cengang pelarian dalam bot tu, dahla sesak bot pula bot angin saja. Bukan bot kayu yang gah tu. Dengan ombak badai dan bocor lagi.

Apabila bot tu bocor dan tenggelam, Sara nekad ikat tali dan terjun. Yusra jerit larang Sara sebab yelah nak terjun kut. Sara cakap ini saja cara untuk ringankan bot. Yusra pun ikut Sara ini terjun dan ikut kat tepi bot sebab kalau naik takut bot tu terus tenggelam. 

Berenanglah mereka mengiringin bot yang penuh pelarian di Laut Agean tu sampai kat tebing. Tiga jam berenang tu tak termasuk masa mula-mula mereka bersesak dalam bot yang buruk tu.

Terharu juga apabila dalam filem tu mereka berkata,'bayangkan pelarian lain yang tak tahu berenang. sedangkan mereka sebagai atlet nak berenang pun penat kut.'

Pendek cerita, bila sampai dekat German Yusra cari peluang untuk berenang. Malah semasa dia tinggal dekat kem pelarian dia berlatih. Berlari, angkat botol air. Padahal kalau nak fikir logik, macam manalah dia nak berenang sebab sekarang dah jadi pelarian. Dia masuk dekat kompleks renang dan berjumpa dengan Sven, jurulatih renang. Dia bercita-cita nak mewakili Syria tapi masalahnya Syria tak dapat masuk Olimpik. Peluang yang ada hanya untuk mewakili pasukan pelarian. Mulanya Yusra menolak sebab dia tak nak masuk Olimpik atas dasar simpati. Memang ada emosional breakdown juga.

Akhirnya semasa Olimpik di Rio, dia menjadi juara renang. Lepas tengok cerita ni terus saya google berkenaan dengan Yusra. Subhanallah, comel orangnya. Tak sangka secomel ini sanggup berenang tanpa memikirkan diri sendiri.

kredit : Olimpik Profil - Yusra Mardini


Pengajarannya yang saya dapat melalui filem ini adalah betapa mereka ini kuat dan tidak mudah berputus asa. Kalau saya, mungkin sudah mati sebab overthinking tetapi mereka ni sedaya upaya tidak ikut perasaan. Silalah tonton filem ini, inshaaAllah tidak mengecewakan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...