Langkau ke kandungan utama

Entri 255 : Pandan

 Pagi ni selepas Subuh sambung tidur balik. Tak ada mood nak buat apa-apa pun hari ni terutama selepas saya dinasihati untuk berehat sekurang-kurang 24 jam dan dua hari sebelum melakukan aktiviti fizikal untuk mengelakkan tulang belakang lari.

Bagaimana nak tahu alignment lari:

1) Depangkan kedua-dua tangan ke hadapan macam nak luruskan barisan.

2)Genggam kedua-kedua jari , macam nak nak buat thumbs up kemudia halakan ibu jari ke hadapan

3)Rapatkan tangan dan lihat sama ada kedudukan ibu jari selari atau tidak. Jika anda mendapati tidak sama, bukan kerana tangan anda panjang atau pendek sebelah tetapi alignment tulang belakang lari.

Pergilah ke pakar tulang contoh @hic_nursing atau pusat-pusat lain untuk pemeriksaan lanjut.

Hal ini dah kali kedua berlaku. Hari tu pergi kemudian tak lama kemudian jadi balik. Jururawat yang merawat tu beritahu memang begitu lumrahnya apatah lagi apabila kita tidak menjaga posture ketika melakukan aktiviti harian.

Selalunya apabila saya bangun lambat, kucing-kucing saya menjadi lebih curious. Bermain di dalam bilik. Beberapa kali Dodol cuba kejutkan saya dengan cara lembut. Kali pertama pukul 4 pagi, kali kedua pukul 5 dan kali ketiga pukul 6.

Saya bangun solat subuh dan sambung tidur balik. Saya buka buku baru. Buku tu muka depan macam gempak bila saya baca ianya macam buku tex sejarah. Nak komen banyak-banyak yang membaca ini tak rajin menulis tapi apabila fikirkan buku yang seperti buku tex itu juga dapat dicetak dan dibeli saya menjadi insaf sedikit. Sekurang-kurangnya mereka berbangga dan menghabiskan penulisan mereka walaupun seperti buku tex.

Sewaktu saya menonton siri Wednesday, Pandan berlari-lari keluar sambil menggonggong kertas merah. Dia meletakkannya sambil mengiau excited. Ya, dah lama dia tidak bermain kertas. Mungkin berbulan selepas saya mengemas. Saya malas nak mengemas kerana kertas bergumpal di atas lantai kelihatan semak.

Mana pula dia jumpa gumpalan kertas tu, mungkin di balik katil. Jadi saya biarkan dia bermain. Saat saya menulis ini kedua-dua mereka di bawah meja tidur berdekatan dengan kaki saya.

Mereka akan sedaya upaya berada dekat dengan saya walaupun mereka kurang gemar dipeluk terutama Dodol. Kucing seperti bayang-bayang saya. Jika mereka berani untuk keluar nescaya mereka akan mengekori saya di mana saja saya berada.

Halangan yang adalah hanyalah perspektif manusia. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...