Kosong Kosong Kosong Dahulu dia fikir jika dia cantik,hidupnya tak akan sunyi.Seperti model model dalam majalah,cantik disukai ramai.Maka bersusah payah dia mahu cantik tapi cantiknya tak seberapa,jiwanya masih lagi kosong. Dahulu dia fikir jika dia kaya,hidupnya akan senang.Tetapi bekerja keras siang malam,gaji tidak seberapa.Penat jiwa masih lagi kosong. Makanya dia berfikir,mungkin dia perlu agama.Ya penuhkan jiwa,maka pergilah dia berjumpa orang-orang yang disangka alim.Rupanya dia tertipu,orang-orang yang disangka alim cuma tahu berdebat kosong.Jiwanya masih lagi kosong. Kosong...kosong... Melihat drama,betapa bertuahnya watak watak dalam drama.Seburuk mana perangai,rupa masih cantik orang masih terkejar-kejar.Semiskin-miskin hidup drama sekelip mata hidup jadi kaya raya,petik jari ke mana sahaja boleh pergi. Realiti...drama... Kosong... Kosong...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com