Benar sekali.Dalam semua masalah, masalah inilah yang menimpa Orang Kaya. Bila malam menjelma, Orang Kaya masih terkial kial memejam mata. Cemburu dia melihat anak-anak dan isteri tidur, hatta tergolek jatuh katil sekalipun tak sedar. Maka mencari-carilah Orang Kaya ini petua untuk tidur lena, bukan tidur-tidur ayam. Badan letih tapi tak boleh tidur. Didesaknya si isteri dan anak-anak menekan Google , scroll Facebook dan mencari petua petua di segenap alam maya yang membolehkan Orang Kaya tidur seperti orang lain. "Cubalah bersedekah" Cadang isterinya. Muka Orang Kaya merah menyala. "Bukankah aku sudah bersedekah banyak, lihat ada Youtube channel lagi semata mata untuk bersedekah."Marahnya. "Tapi bang, tu meriyak bang!" "Amboi, asal yang kau nampak tu riak aku la yer." Bengang si Orang Kaya ini. Itulah manusia ; bila kita sedekah diam diam tak ada siapa tahu kata kedekut. Bila buat heboh heboh kata riak pula. Memang Orang Kaya su...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com