Setelah sekian lama baru malam itu Che Unid tergerak hati untuk memeriksa tarikh tamat tempoh memandu. "Astaghfirullah. Sudah setahun tamat tempoh!" Dia terbayangkan dia memandu dari Kedah, memandu ke Kuantan, memandu di sekitar KL. Selama setahun dia memandu kereta dengan lesen yang tamat tempoh. "Isk...isk...bermakna Allah lindung kamu selama ini." Komen rakan serumah. Sedikit ralat kerana dia sendiri tidak faham sama ada ini perlindungan atau ujian. Perlindungan dari kemalangan dan segala perkara buruk sepanjang setahun. Selama ini jika ada sekatan jalan raya, pihak polis tidak pernah memeriksa lesen. Malam itu apabila dia memandu dalam keadaan ketakutan walaupun hanya kurang daripada tiga kilometer. "Selama ini memandu beratus-ratus kilometer tidak pula terdetik perasaan takut. Setelah sedar tiba-tiba tahu takut pula." Suara hatinya seperti menyindir. Dia terasa ingin sahaja memandu ke balai polis dan menyerah diri kerana terlalu jahil. Keesokan paginy...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com