Langkau ke kandungan utama

Entri 108 : 27

Seingatnya ini pertama kali dia berbuka di masjid. Suasananya mengimbau kenangan mengerjakan umrah.

Sama-sama menunggu Maghrib dengan kueh mueh. Ada yang memotong buah dan memberikannya kepada mereka yang berdekatan. Berbuka puasa dengan hati yang cukuplah apa yang ada. Kalau ada rezeki ada lagi nasi, jika tidak rezekinya mungkin moreh di kedai mamak nanti.

Alhamdulillah.

Hiruk pikuk orang ramai di rumah Allah, tak kira tua muda , kaya miskin. Mirip Mekah dan Madinah.

Dalam setahun ada sebulan untuk umat ini berusaha untuk solat berjemaah.

Teraweeh.

Saat solat, kedengaran gelak tawa anak-anak. Dan yang maraton berlari di ruang kosong pemisah lelaki dan wanita. Ada yang menangis. Pihak masjid ada menyediakan tempat asuhan anak-anak tetapi ianya terpulang kepada ibu bapa.

Mungkin ada yang mengatakan anak-anak ini bising dan menghina rumah Allah, mengganggu kekhusyukan jemaah.Perspektif!

Jika dilarang ke mana-mana anak ini akan pergi?

Ibu bersama anak kecil tinggal di rumah, terjaminkan ibadah mereka di malam hari? Atau mungkin hanyut dengan aktiviti lagho. Perspektif!

Anak-anak yang berlari dan menangis ini belum lagi baligh. Akal mereka seiras haiwan. Kita sudah buat apa yang patut tapi anak-anak bising di masjid bukanlah isu besar sehingga perlukan jemaah bersatu untuk membanterasnya habis-habisan.Jika tak boleh bawa kanak-kanak, kenapa di Mekah dan Madinah tak diharamkan saja kanak-kanak? Malah berebut orang mahu membawa anak menunaikan haji padahal hukumnya belum lagi jatuh wajib ke atas anak itu. Apa salahnya dalam bulan ini kita bersabar sedikit. Perspektif!

Kanak-kanak perempuan bermain dengan telekung ibunya ketika ibu itu solat.

"Ibu!" Anak itu merangkul leher ibunya saat ibu itu rukuk dan saat ibu itu sujud dia terjatuh dan ketawa. Dia berbuat begitu berkali-kali. Ibu itu terus solat, jika anak itu baring berhampiran di tempat sujud dia mengalihkannya untuk ruang sujud. Langsung dia tidak mengendahkan anak itu.

Solat ini lebih penting dari melayan kamu. Perspektif!

Akhirnya akibat jemu anak itu berhenti mengganggu.

Semoga anak itu tahu solat itu penting dari dirinya. Moga moga dia akan solat.Moga-moga pergi ke masjid selalu menjadi kenangan buat anak kecil itu di waktu dia remaja sehingga dia akan mencari masjid walau di mana berada.Perspektif!

Tak khusyuk, lebih baik solat sendiri saja.Perspektif!

Solat berjemaah lebih pahalanya 27 kali ganda dari solat sendirian. Terjaminkah pahala kita jika solat sendiri itu lebih baik?

Allah tahu
Saf wanita ada yang lompong, ada yang masih berdebat kiri atau kanan.
Imam baca laju sangat sampai rasa sakit telinga mendengar.
Imam lambat sangat sampai lenguh berdiri.
Orang sebelah baca fatihah macam baca jampi.
Geng lapan dan geng dua puluh.

Dia juga tahu
Ada yang berwangian-wangian sebelum ke masjid.
Ada yang bersusah payah nak ke masjid.
Ada ibu bapa yang sedang melatih anak-anak.
Ada tok siak yang menjadi manusia terakhir sekali memantau masjid.
Ada yang sudah merancang nak tidur di masjid.

Dia Maha Tahu ada manusia yang masih teguh merancang dan berusaha walaupun hasilnya tak seperti dijangka. Dia suka manusia beramai-ramai di Rumah Nya. Bila ramai-ramai tentulah ada feel masing-masing. Masih Dia tetap suka ramai-ramai berusaha memuliakan Rumah Nya.

Mungkin sebab itu pahalanya 27.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...