Langkau ke kandungan utama

Entri 109 : Rapuh

"Selamat berpuasa, kerja shif malam ke?"

"Haah , ye. Kau tau tak Adi jatuh?"

"Huh jatuh?!!Tak tau."

"Laa... aku ingat kau tau."

"Tak tau weh. Kenapa?"

"Kau tau kan depan Menara Binjai jalan  ada besi-besi?"

"Besi besi untuk orang buta."

"Adi jatuh tersepak benda tu. Pecah lutut weh."

"Hahhh??!!!"

"Serius... masa jatuh tu dia call aku tak leh jalan.So kita orang turun tapi takleh nak angkat takut jadi lagi teruk so call ambulan."

"Ya Allah."

"Besi-besi tu sekarang diorang dah buang. Aku kerja ni ganti shif dia la.Seminggu dia kat hospital.Sekarang MC kat rumah."

Teringat sahabat yang terpeleok kaki dekat ruang pejalan kaki di Freemantle. Balik Malaysia jumpa doktor didapati tulang retak.

Manusia ini rapuh, sekelip mata saja semuanya boleh berubah. Tanpa jangkaan.

Sungai Chiling

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon. Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali. “Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi. Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar. “Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum. “Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama. Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka. Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula ...

Entri 33: Rama-rama

Cantik.Berwarna warni dan sangat gemalai. Semua orang menikmatinya. Semua orang memujinya. Bunga dan rama-rama seperti irama dan lagu. Keindahan yang sempurna. Geli.Jijik dan memualkan. Jarang sekali yang menyukainya.Jika boleh mahu diracun.Merosak tumbuhan. Tetapi kita lupa, makhluk yang memualkan itu bakal menjadi rama-rama yang cantik. Apa agaknya perasaan rama-rama saat kita memujinya padahal dulu dia dihina?