Langkau ke kandungan utama

Entri 202 : Tandas

Setiap rumah ada tandas. Ada rumah yang tandasnya bersih dan ada ada rumah yang tandasnya kotor.

Ada penghuni yang seumur hidup dia menggunakan tandas tetapi tidak pernah mencuci tandas. Dia tidak tahu apa yang dikecoh-kecoh tentang tandas. Tandas sekadar tempat melepaskan kotoran. Kotor atau bersih itu tidak penting.

Ada penghuni yang dari kecil sudah biasa membersih tandas. Jika tandas berlumut ibu akan membebel. Jadi dia sudah biasa dengan tandas yang bersih. Tandas bersih penting, sama penting dengan makanan. Jika proses masuk penting maka proses keluar juga penting. Maka kadang-kadang penghuni ini akan bergeseran dengan penghuni lain yang tidak kisah tandas kotor atau bersih.

Ada penghuni yang seumur hidupnya tidak pernah mencuci tandas tetapi tandasnya bersih. Tahu-tahu ada orang yang ditugaskan membersih tandas untuknya. Dia tidak perlu ambil tahu. Jika ada orang yang sanggup mencucinya biarkan mereka mencucinya. Jika dia dileteri tidak mencuci tandas dia tidak faham. "Alah cuci tandas saja pun. Bukannya kompleks pun?!!"

Ada penghuni yang mencuci tandas. Mungkin kadang-kadang tidak dihargai ahli rumah yang lain. Tandas yang sepuluh orang guna, hanya muka dialah yang mencuci tandas. Kadang-kadang dia diejek. 'Tak apa, budak ni rajin cuci tandas dah macam orang gaji. Biarkan dia cuci tandas." Ahli lain memandangnya kecil, seperti kain lap kaki sahaja.

Ada penghuni tidak suka tandas kotor tetapi tidak suka dan tidak mahu mencuci tandas. Jika terpaksa dia akan merungut dan berleter. Segala teori kebersihan dia tahu tetapi dia tidak suka mengamalnya.

Ada penghuni tidak suka mencuci tandas tetapi memaksa diri mencuci tandas kerana tidak suka tandas kotor. 

Hubungan kita dengan tandas nampak seperti kecil. Perkara kecil inilah yang membuka jalan padaNya. Kita memikirkan perkara-perkara besar yang kadang-kadang kita tidak mampu buat sedangkan sesiapapun boleh mencuci tandas.

Sekarang di Mekah, antara yang tinggal ialah tukang cuci. Kalaulah kita dapat lihat dengan mata hati betapa Allah mengangkat darjat mereka. Tukang cuci tandas rumah, tukang cuci tandas masjid, tukang cuci tandas Rumah Allah. Lihatlah siapa yang membersihkan persekitaran dalam hidup kita; mungkin ibu atau isteri, mungkin bapa atau mungkin kawan. Hidup mereka perlahan-lahan Allah bimbing, mereka mungkin tidak mempunyai status. Siapalah yang kenal tukang cuci tetapi Allah sangat mengenali mereka. Hati mereka lapang, rezeki mereka melimpah.

Kebersihan itu separuh dari iman dan iman itu membuka jalan kepadaNya.

Saat kita mengangkat takbir dengan niat menyucikan hati kepada Allah. Ada tangan-tangan yang telah memudahkan penyucian kita. Setiap kali rukuk dalam keadaan bersih dan harum, ada tangan yang menyapu dan mengemop kawasan kita bersujud.

Semua orang sudah biasa menyucikan diri mereka sendiri tetapi adakah kita di antara yang membantu orang lain menyucikan diri mereka?

Jika anda tidak pernah mencuci, cubalah cuci. Niatkan kerana Allah. Mungkin Dia akan memberitahumu dengan jalan yang tidak disangka-sangka mengapa kebersihan itu separuh daripada iman.

Jika anda penat mencuci bertenang. Minta petunjuk pada Allah kerana banyak sebenarnya petua-petua yang memudahkan tugasan membersih. Juga jangan lupa sebelum mencuci minta Allah mudahkan.

Salam Merdeka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 207: Lebah sesat masuk rumah

Sudah hampir pukul 10 malam. Dia sudah siap menvakum rumah dan menadah air. Baldi-baldi, bekas-bekas plastik, jag-jag sudah dipenuhkan dengan air. Esok dijangka ada gangguan bekalan air. Oktober mungkin boleh diistiharkan Pesta Tiada Air mungkin?  Bunyi berdesing mengganggu telinganya. Seekor serangga berputar-putar di siling menghampiri lampu sedang kucingnya yang bernama Pandan melihat dengan mata yang bulat. Dia berdiri di bawah lampu, merenung ke arah serangga yang berputar-putar. Seperti tebuan. Serangga berbisa. Dia menarik nafas. Otaknya berpusing, bagaimana mahu menyahkan serangga ini dari rumah? Oh, dia teringatkan vakum. Dicabutnya nozel vakum, dihalakan ke arah serangga yang berputar-putar sambil kucing melompat-lompat mahu menerkam. "Jangan Pandan!" ZzzZZZZZ Serangga itu disedut ke dalam vacum. Dia melihat bekas habuk yang jernih. Tebuan itu masih hidup. Eh, warnanya berbelang kuning hitam.  Lebah rupanya. Tiba-tiba dia berasa seram. Lebah yang menerima arahan dar...

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak...

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u...